Maze Runner : The Death Cure Review

0
495
views

Durasi: 2 Jam 21 Minit
Tarikh Tayangan: 25 Januari 2018
Bahasa: Inggeris
Genre: Sains Fiksyen
Klasifikasi: PG-13

Amaran: Review ini mengandungi Spoiler

Kesinambungan daripada filem kedua Maze Runner: The Scorch Trial yang lepas dan pada kali ini meneruskan lagi kembara Thomas bersama rakan rakannya untuk mencarI rakan mereka iaitu Min Ho yang telah ditangkap ketika serang hendap di markas “Right Arm” .

Kali ini mereka meneruskan pengembaraan mereka bermula di sebuah landasan keretapi dan membawa mereka ke sebuah bandar yang merupakan kota pertahanan dan juga dikenali sebagai “safe zone” WCKD. Di situ, pihak WCKD meneruskan lagi penyelidikan mereka dalam usaha untuk mencari penawar kepada virus Flare yang telah menyerang dan memusnahkan hampir keseluruhan ketamadunan dunia.

Dalam perjalanan mereka menuju ke kota tersebut, Thomas dan rakan rakannya telah berjumpa dengan satu puak yang tinggal di luar kota tersebut dan salah seorang rakan mereka di The Glade dahulu iaitu Gally menjadi salah seorang askar pertahanan bagi puak tersebut.

Dengan bantuan Gally, mereka berjaya memecah masuk ke kota tersebut dan menyelamatkan rakan mereka iaitu Min Ho dan juga beberapa orang lain yang menjadi mangsa ujian WCKD. Sementara itu, Min Ho telah menjalani beberapa siri ujian bagi mendapatkan antibodi untuk menghasilkan serum bagi melawan jangkitan virus Flare oleh Teresa.

Setelah merancang pelbagai rancangan dengan teliti, mereka akhirnya berjaya memecah masuk dan menyelamatkan rakan mereka. Dalam pada masa yang sama pihak penentang yang tinggal di luar kota berjaya memecah masuk ke dalam kota tersebut dan memusnahkan segala kemudahan yang ada.

Sememangnya siri akhir pada kali ini merupakan satu pengakhiran yang padat dengan aksi dan juga mainan emosi. Bagi mereka yang tidak menonton siri pertama dan kedua mungkin akan sedikit keliru dengan perkara dan watak yang ada dalam siri ketiga ini kerana watak dan peristiwa yang berlaku merupakan kesinambungan daripada yang lepas. Bagi sesetengah watak pada kali ini juga tidak seberapa dikembangkan kerana telah dikembangkan dalam siri yang lepas dan ini memberi peluang kepada perkembangan watak watak lain walaupun tidak dikembangkan secara keseluruhan.

Aksi yang disediakan pada kali ini tidak kurang hebatnya seperti sirinya yang lepas yang mana pastinya memberikan rasa cemas dan ‘limpahan’ adrenalin bagi setiap penonton sesuai dengan tajuknya iaitu “Maze Runner” maka anda akan turut merasai keadaan seperti ‘berlari’ dalam pawagam.

Plot yang disusun dengan memuatkan aksi yang padat menguatkan lagi rasa ingin tahu penonton pada kali ini. Dan susunannya jugak tidak begitu “rushing”.

Mainan emosi pada kali ini juga agak dasyat sekiranya ingin dibandingkan dengan sirinya yang lepas dengan kematian banyak watak penting semestinya menekan emosi penonton di akhir akhir tayangan. Konflik demi konflik ditimbulkan dan akhirnya dileraikan.

Secara keseluruhannya boleh dikatakan bahawa sumpahan filem ketiga dalam setiap trilogi tidak terkena kepada filem ini. Maze Runner: The Death Cure merupakan salah satu filem yang perlu anda tonton untuk bulan ini.

Tiada post credit scene.
Rating Kakimuvee : 8/10

Maze Runner: The Death Cure

8.2

AKSI / SAINS FIKSYEN

8.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

8.9/10

PLOT / CERITA ASAL

8.0/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

8.0/10

PEMBANGUNAN KARAKTER

8.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here