Matmoto Catat Kutipan RM3 Juta, Pekin Rancang Sekuel

0
220
views

matmoto AL

Filem arahan Pekin Ibrahim, Matmoto terus mencipta kejutan apabila berjaya mendapat kutipan sebanyak RM3 juta setelah 4 tayangan. Sebelum itu, filem ini mencetuskan fenomena apabila telah berjaya mengutip RM1 juta pada hari pertama tayangan pada 14 Januari yang lalu.

Bagi penerbit filem Matmoto, Datuk Yusof Haslam, maklumbalas yang dibuktikan menerusi kutipan memberangsangkan itu bukan sekadar petanda positif kepada Skop Productions, malah terhadap filem Melayu keseluruhan.
Secara langsung ia menandakan sokongan kaki wayang dan masyarakat yang masih tidak berbelah bagi, namun mengharapkan produk berbeza disajikan di layar perak.

“Saya akui sebagai orang baharu tentu ada kekurangan dan sebab itu Pekin Ibrahim digabungkan dengan Syafiq. Mungkin pendekatan yang berbeza daripada filem Skop terdahulu selain kisah dihidangkan membuatkan penonton teruja melihat hasilnya.

“Percubaan kami nyata membuahkan hasil. Sebagai penerbit, saya percaya kita perlu bagi peluang kepada muka baharu dan pada masa sama mengambil setiap kritikan dengan hati terbuka.

“Secara peribadi, saya juga anggap ini rezeki dua pengarahnya iaitu Pekin selaku sutradara baharu dan rezeki Syafiq yang dikurniakan anak sulung, awal tahun ini,”

Datuk Yusof Haslam

Sementara itu,  Pekin Ibrahim merancang untuk menghasilkan sekuel filem Matmoto setelah filem arahan pertamanya ini mendapat kesan positif dari peminat filem tanah air.

matmoto shahrul

Menggabungkan nama besar seperti Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Faizal Hussein, Datuk Rosyam Nor dan dirinya sendiri sebagai pelakon, filem yang turut mendapat sentuhan Syafiq Yusof itu nyata mampu menarik penonton ke panggung.

Tidak menyangka naskhah berdasarkan skrip tulisannya mendapat sokongan ramai, ketika pasaran filem tempatan dilihat kurang menentu, Pekin berkata kejayaan dicatatkan MatMoto menjadi penyuntik semangat untuk beliau menghasilkan judul susulan yang dijangka memulakan penggambaran selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Filem Matmoto dihasilkan dengan kos pengambaran sebanyak RM1.3 juta dan turut menghasilkan kontroversi diantara Pekin dan Ahmad Idham kerana dikatakan menciplak idea sehinggakan Ahmad Idham menghasilkan filem berjudul sama dan menayangkan beberapa minggu sebelum tayangan filem sebenar Matmoto

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here