Marvel Studios Masih Belum Mempunyai Perancangan Untuk Bawa Masuk X-Men dan Fantastic Four Ke Dalam MCU

0
48
views

Marvel Studios mendedahkan bahawa mereka buat masakini masih belum mempunyai perancangan untuk membawa masuk karakter-karakter X-Men dan Fantastic Four kedalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Pekara ini didedahkan sendiri oleh presiden Marvel Studios, Kevin Feige semasa ditemubual oleh wartawan Los Angeles Daily News baru-baru ini.

Menurutnya, mereka masih belum mempunyai perancangan sehinggalah mereka menerima berita baik mengenai pembelian aset Disney oleh Fox. Keputusan pembelian Fox oleh Disney hanya boleh diketahui pada hujung Julai ini apabila para pelabur dalam syarikat Fox mengundi mengenai tawaran pembelian Disney yang bernilai $71.3 billion dollar.

Jadi buat masa ini, mereka hanya memberi fokus kepada karakter-karakter yang dimiliki oleh Marvel Studios dalam perancangan filem di masa akan datang.

“But right now, bringing to life the 10,000-plus characters that Marvel fully controls is what the gameplan is.”

Fasa ketiga MCU kini semakin hampir kepenghujungnya menerusi filem Captain Marvel dan Avengers 4, kemudian fasa ke-4 akan bermula dengan filem Spider-Man: Far From Home akan menjadi filem pertama ditayangkan.

Jadi untuk mengentahui samada karakter-karakter X-Men dan Fantastic Four akan dimasukkan dalam jadual fasa ke-4 MCU, peminat harus menantikan keputusan pemegang saham Fox sama ada mahu menerima tawaran Disney ataupun tidak. Jika keputusannya positif, jadi peminat mempunyai peluang cerah untuk melihat X-Men dan Avengers dalam satu universe.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here