Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Marvel Giat Berkempen Pencalonan Oscar Black Panther


Kejayaan filem adiwira Black Panther dalam beberapa anugerah penting telah mendorong pihak Disney dan Marvel Studios untuk memulakan kempen pencalonan Oscar buat filem tersebut. Lebih menarik mereka meletakkan sasaran agar filem adiwira mereka ini tercalon dalan kategori “Best Pictures”.

Bagi memastikan sasaran mereka tercapai, pihak Disney telah mengambil pakar strategi Oscar, Cynthia Swartz untuk memulakan kempen pencalonan Oscar mereka dan mempengaruhi ahli Academy untuk mengundi filem ini agar dapat tercalon dalam kategori utama itu.

Black Panther yang ditayangkan pada Februari yang lalu telah mencipta fenomena di Amerika Syarikat kerana pengaruhnya tentang budaya masyarakat Afrika-Amerika di sana.

Selain menerima kritikan positif dari pengkritik filem dan juga penonton, Black Panther turut mencipta beberapa rekod Box-Office termasuklah filem paling laris yang dihasikan pengarah kulit hitam. Malah kutipannya mencecah $1.347 billion dolar menjadikan filem kedua paling laris 2018 dibelakang filem Avengers: Infinity War.

Jadi kepada peminat-peminat filem adiwira, apa pendapat anda tentang pencalonan Oscar filem Black Panther? mampukah filem ini tercalon dan seterusnya memenangi kategori “Best Pictures” anugerah paling terkemuka itu?



Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee