Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Marvel Infinity Stone: Di Manakah Batu Infiniti Ini Berada Sekarang?


thanos-infinity-stone

Dalam dunia Marvel Cinematic Universe (MCU), terdapat 6 batu infiniti yang menjadi buruan Supervillian yang paling berkuasa iaitu Thanos untuk dia mendapatkan kuasa mutlak dan seterusnya menguasai alam semesta.

Bagi yang tidak mengentahuinya, batu infiniti ini wujud selepas berlakunya kejadian Big-Bang yang membentuk alam semesta. Setiap batu yang terhasil memberikan kuasa yang berbeza-beza dan apabila kesemua batu tersebut dikumpulkan ia dapat memberi kuasa yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana makhluk dalam dunia Marvel.

Sejak terdedahnya batu-batu infiniti dalam filem-filem Marvel sebelum, ia telah menyebabkan dunia diambang bahaya apabila Thanos mula mencongak untuk merampas batu-batu infiniti ini yang sekarang berada dalam simpanan beberapa pihak.

Dalam filem The Avengers: Infinity War yang akan ditayangkan pada May 2018, kita akan menjangkakan Thanos akan turun ke bumi untuk merampas batu-batu infiniti dan memusnahkan dunia. Setakat ini 5 dari 6 batu Infiniti telahpun dimuncul, dan tinggal satu saja lagi batu infiniti yang masih belum dijumpai.

Mari kita tengok dimana sekarang Batu Infiniti ini berada:


1. The Space Stone

cosmic-cube-tesseract-the-avengers

The Space Stone atau dikenali sebagai The Tesseract muncul buat pertama kalinya dalam filem Thor (2011) dan digunakan oleh Loki dalam filem The Avengers untuk menyerang bumi. Batu infiniti ini juga muncul dalam filem Captain America: The First Avenger dan digunakan oleh organisasi Hydra untuk mencipta senjata. Organisasi S.H.I.E.L.D juga mengunakan batu ini untuk mencipta senjata mereka.

The Space Stone mempunyai abiliti yang mencipta portal telepot. Batu ini sekarang berada dalam peti besi Odin selepas Loki gagal dalam misinya untuk menawan dunia dan Thor membawa balik The Tesseract ke dunianya untuk disimpan.

2. The Reality Stone

red-aether-in-thor-the-dark-world

Juga dikenali sebagai Aether dalam filem Thor: The Dark World. Batu ini mampu untuk mengubah bentuknya dari cecair ke bentuk pepejal dan juga sebalik. Abilitinya masih tidak diketahui memandangkan ianya satu-satunya batu infiniti yang jarang ditunjuk kuasanya dalam dunia MCU.

Bagaimana, batu infiniti ini dikatakan sangat merbahaya dan mampu untuk mengubah dunia. Pemilik asal batu ini ialah Malekith, ketua Dark Elves sebelum dirampas oleh Bor, datuk kepada Thor. Ia kemudian dijumpai balik oleh Malekith sebelum Asgardians merampasnya kembali dan menyerahkan kepada Taneleer Tivan (The Collector) untuk disimpan.

3. The Power Stone

power-infinity-stone-orb-guardians-of-the-galaxy1

Pada asalnya, The Power Stone ditinggalkan disebuah planet yang sudah tidak berpenghuni sebelum Peter Quill menjumpainya dalam filem Guardians of the Galaxy.. Peter Quill tidak mengentahui kuasa The Power Stone ini, namun setelah melihat bayangan mengenai bahaya batu ini yang mampu memusnahkan dunia, dia dan rakan-rakanya telah menentang Ronan the Accuser untuk merampas kembali batu ini.

Dalam filem Guardians of the Galaxy, Thanos menawarkan pertukaran memusnahkan Nova Corps dengan batu infiniti ini kepada Ronan the Accuser, namun ditolak oleh Ronan.

Batu ini sekarang berada dalam simpanan Nova Corps, angkatan tentera Nova Empire. Dijangkan Thanos akan merampas batu ini dari simpanan Nova Corps dalam filem Guardians of the Galaxy, Vol.2)

4. The Mind Stone

captain-america-civil-war-paul-bettany-vision-discusses-themes

Buat masa sekarang, batu berwarna kuning ini boleh dikatakan mempunyai cerita paling menarik sekali berbanding batu-batu infiniti yang lain. Batu ini berada dalam tombak Loki dan Loki menggunakan tombak tersebut terhadap beberapa individu penting dalam filem MCU dan mengawal minda mereka supaya tunduk terhadapnya.

Malah Hydra juga menggunakan kuasa batu ini (yang berada dalam tombak Loki) untuk menjalankan eksperimen terhadap manusia biasa dan mengubah mereka menjadi manusia yang luar biasa (Pietro Maximoff dan Wanda Maximoff)

Dalam filem The Avengers: Age of Ultron, Ultron cuba mencipta android yang diletakkan batu infiniti ini dikepala andriod tersebut. Dan apabila badan tersebut siap, Ultron akan menyusup masuk kedalam badan dan menguasainya. Namun The Avengers berjaya merampas badan sebelum dapat digunakan oleh Ultron. Thor dengan mengunakan kuasanya telah berjaya menghidupkan adroid tersebut, dan ia dikenali sebagai The Vision.

Thor membenarkan The Vision mengunakan Mind Stone yang berada di dahi The Vision kerana Thor mengentahui kuasa yang ada pada Mind Stone.

5. The Time Stone

doctor-strange-movie-eye-of-agamotto-special-effects

Dalam memastikan bumi selamat dari serangan mistikal, sebuah organisasi yang diketuai Sorcerer Supreme telah ditugaskan untuk mengelakkan bumi dari serangan Mistik dari angkasa dan tugas mereka sama seperti The Avengers yang mempertahankan bumi dari bentuk serangan fizikal.

Sorcerers Supreme telah mencipta bekas yang dipanggil Eye of Agamotto untuk digunakan menyimpan batu infiniti yang berwarna hijau itu. Tujuannya untuk menyembunyikan batu tersebut dari bahaya samada dari luar atau dari pengikutnya sendiri. Ini kerana, batu tersebut berupaya untuk menganggu kuantum masa dan ruang dan amat merbahaya jika digunakan.

Hanya beberapa Master sahaja yang berupaya untuk menggunakan batu tersebut dan salah seorangnya ada Doctor Strange. Kini Time Stone masih dalam simpanan Sorcerer Supreme dan terletak dalam perpustakaan Kamar-Taj.

6. The Soul Stone

thor-ragnarok-marvel-director

The Soul Stone, batu ke-6 dan yang terakhir yang masih belum ditunjukan dalam Marvel Cinematic Universe. Kedudukan batu berwarna oren masih tidak diketahui malah kuasanya pun juga tidak diketahui.

Kemungkinan batu ini akan muncul dalam salah satu filem-filem Marvel pada tahun 2017 iaitu Guardians of the Galaxy, Vol. 2, Spider-Man: Homecoming, atau Thor: Ragnarok. Ini kerana Thanos mula mengumpulkan batu-batu tersebut dalam filem Avengers: Infinity War pada tahun 2018

UPDATE: Selepas tayangan filem Spider-Man: Homecoming dan Thor: Ragnarok, kedudukan Infinity Stone terakhir kini terarah di negara yang diperintah oleh T’Challa aka Black Panther, iaitu Wakanda. Trailer rasmi Avengers: Infinity War yang baru dilancarkan telah menunjukan negara tersebut telah diserang Black Order, iaitu tentera elit Thanos. Kemungkinan teori Soul Stone berada di Wakanda adalah teori hampir tepat kerana misi Black Order dan Thanos di Bumi adalah untuk merampas Infinity Stone yang berada di sini.

UPDATE: 4.12.2017

So, korang agak dalam filem manakah The Soul Stone akan muncul?

 


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee