Martin Scorsese Juga Benci Pada Rotten Tomatoes

0
10
views

Rottentomatoes merupakan sebuah laman web yang memberi rating kepada sesebuah filem yang baru ditayangkan. Tidak seperti IMDb yang mana rating sesebuah filem diambil kira melalui jumlah undi pengguna yang telah menonton filem tersebut, Rottentomatoes sebaliknya lebih cenderung memilih rating daripada pengkritik-pengkritik filem profesional untuk menilai sesebuah filem itu.

Jika dilihat dari segi kredibiliti rating, Rottentomatoes boleh dianggap lebih “valid” kerana ia berdasarkan pandangan pengkritik filem profesional, tetapi bagi pengemar filem biasa, laman web berkenaan dilihat seperti “memilih kasih” dan rating mereka adakalanya sangat berbeza dari penonton filem biasa setelah mereka menonton sesuatu filem itu.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Hollywood Studio, laman web berkenaan dikatakan mampu mempengaruhi pengemar filem sama ada mahu menonton filem itu di panggung wayang atau tidak. Jika Rottoentomatoes memberikan rating yang sangat rendah pada sesebuah filem itu, peluang untuk filem berkenaan mendapat kutipan yang memberangsangkan akan tergugat keranan penonton akan berkira-kira sama ada mahu pergi menonton atau tidak.

Disebabkan pengaruh kuat dari laman web kritik filem itu, pengarah tersohor Hollywood, Martin Scorsese dilaporkan tidak gemar dengan laman web berkenaan kerana dilihat terlampau “kejam” terhadap pembikin filem dan dianggap tidak memberikan kritikan sebenar dari seorang pengkritik filem. Beliau meluahkan perasaannya itu pada laman web The Hollywood Reporter –

These firms and aggregators have set a tone that is hostile to serious filmmakers—even the actual name Rotten Tomatoes is insulting. And as film criticism written by passionately engaged people with actual knowledge of film history has gradually faded from the scene, it seems like there are more and more voices out there engaged in pure judgmentalism, people who seem to take pleasure in seeing films and filmmakers rejected, dismissed and in some cases ripped to shreds. Not unlike the increasingly desperate and bloodthirsty crowd near the end of Darren Aronofsky’s mother!” 

Beliau meluahkan perasaannya itu selepas menonton filem arahan Dareen Aronofsky yang berjudul Mother. Filem psikologikal seram itu telah mendapat rating sederhana sahaja dari laman web Rottentomatoes dengan mendapat peratus sebanyak 68%, tetapi laman web berkenaan memberikan review pendek yang menganggap filem Mother “terlampau sukar untuk penonton-penonton biasa”. Selain itu juga, beliau turut melahirkan rasa tidak senang dengan sebuah lagi laman web seperti itu iaitu CinemaScore kerana ia telah memberi gred F kepada filem arahan Aronfsky itu.

Bagi Martin Scorsese, laman web berkenaan terlampau kejam kepada pembikin filem.

“After I had a chance to see mother!, I was even more disturbed by this rush to judgment, and that’s why I wanted to share my thoughts. People seemed to be out for blood, simply because the film couldn’t be easily defined or interpreted or reduced to a two-word description.”

Tidak dinafikan Rottentomatoes kini dilihat begitu kuat pengaruhnya kepada pengemar filem, beberapa filem Blockbuster Hollywood tahun ini telah kritik teruk oleh laman web berkenaan sehingga terdapat pengarah yang “merajuk” akibat mendapat kritikan negatif dari mereka. Lihat respond Michael Bay dan Alex Kurtzman apabila filem mereka iaitu Transformers: The Last Knight dan The Mummy mendapat rating yang cukup rendah dari Rottentomatoes. Mereka seolah-olah terkesan dengan kritikan yang mereka terima.

Jadi kepada anda diluarsana, pengarah Martin Scorsese sudah meluahkan pendapatnya, apa pula pendapat anda mengenai laman web Rottentomatoes dalam menilai sesebuah filem itu?

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here