Marrowbone (2018) Review

0
97
views

Klasifikasi: 18
Genre: Drama / Seram / Ngeri
Durasi: 1 Jam 51 Minit
Edaran: GSC Movies
Pelakon: George MacKay, Anya Taylor-Joy, Mia Goth, Charlie Heaton
Pengarah: Sergio G. Sánchez

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang telah berpindah ke sebuah rumah baru setelah satu kejadian menimpa mereka di kediaman lama mereka di mana mereka telah didera oleh bapa mereka dengan cara yang sangat dasyat. Si bapa tersebut kemudiannya melakukan perkara yang lebih dahsyat dan akhirnya dipenjarakan dan dibebaskan beberapa tahun kemudian. Si ibu telah membawa lari keluarganya ini kerumah keluarganya yang terletak di sebuah pedalaman yang berjauhan daripada rumah lama mereka dan disitu juga mereka telah menukar identiti mereka di mana mereka telah menggunakan nama akhir keluarga ibunya.

Untuk kesekian lamanya tinggallah mereka bersama di situ seperti biasa dan juga dalam keadaan menjaga ibu mereka yang sedang sakit. Hari demi hari berada dalam keadaan tersebut, ibu mereka akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir. Walau bagaimanapun ibunya telah meninggalkan pesanan kepada mereka supaya merahsiakan akan perkara tersebut daripada orang ramai kerana sekiranya berita tentang kematian ibunya tersebar maka pihak berkuasa akan mengambil adik adiknya yang lain untuk diletakkan dibawah pusat jagaan dan itu berkemungkinan akan menjejaskan hubungan mereka sekeluarga.

Dalam pada masa yang sama, anak sulung kepada keluarga ini telah jatuh cinta dengan salah seorang wanita yang bekerja di sebuah perpustakaan yang terletak di bandar. Mereka akhirnya menjalinkan hubungan cinta mereka dan hal ini diketahui oleh adik beradiknya yang lain. Hubungan mereka walau bagaimanapun telah dicemburui oleh seorang lagi lelaki yang tinggal di bandar tersebut.

Peristiwa demi peristiwa telah berlaku di rumah tersebut dan akhirnya kebenaran berjaya di bongkar oleh kekasih kepada lelaki itu tadi.

Sebuah penceritaan yang agak kabur pada mulanya dan mempunyai leretan plot yang agak berat. Elemen hantu dan seram dalam filem ini berjaya mengaburi penonton akan isu sebenar yang ingin diketengahkan. Bermula dengan corak tipikal filem seram iaitu memaparkan sebuah rumah yang seram dan seterusnya ditambah dengan ahli keluarga yang sakit dan juga ritual yang luar daripada kebiasaan serta sebuah stor tingkat atas yang telah dikunci. Elemen elemen seram ini digunakan dengan baik dicampur dengan teknik penceritaan yang agak “dry” membolehkan penceritaan “gaya berat” disampaikan kepada penonton.

Satu jam pertama, penonton disajikan dengan persekitaran rumah dan juga kisah keluarga yang menyayat hati. Namun di separuh masa kedua, penonton mula “dipermainkan” oleh pihak produksi. Dan sudah pasti di akhir filem Marrowbone ini penonton ‘diputarkan’ dengan plot twist yang tidak disangka – sangka.

Secara keseluruhannya, filem ini adalah sebuah karya yang tidak tipikal dan menceritakan sebuah kisah kehidupan seseorang yang mengalami keadaan mental yang lain daripada yang lain dikenali sebagai “Kecelaruan Identiti” (Personality Disorder).

Rating : 7/10

Marrobone

0.00
Marrobone
7

SERAM / THRILLER

8.0/10

MUZIK LATAR, SOUND EFFECTS

6.0/10

PLOT / CERITA ASAL

8.0/10

VISUAL / CINEMATOGRAFI

6.0/10

PEMBANGUNAN KARAKTER

7.0/10
Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here