Mark Wahlberg, Pelakon Paling Tinggi Pendapatan Tahun 2017

0
1725
views

Bintang filem Daddy’s Home 2 & Transformers: The Last KnightMark Wahlberg menjadi aktor paling tinggi pendapatan pada tahun 2017, dengan pendapatnya sebanyak $68 juta dolar hasil daripada pendapatannya berlakon dalam filem Daddy’s Home 2 & Transformers: The Last Knight dan juga rangkaian perniagaan makanan segera beliau, Wahlbergers

Menurut laporan daripada Forbes, pendapatan Mark Wahlberg $3juta lebih tinggi daripada bintang filem The Fate of the Furious, Dwayne Johnson yang menerima pendapatan sebanyak $65 juta. Bekas pengusti WWE itu menerima bayaran yang banyak menerusi filem-filem lakonan beliau iaitu  The Fate of the Furious, Baywatch, Jumanji dan siri HBO, Ballers. 

Dengan senarai baru yang dikeluarkan majalah perniagaan itu, beberapa nama pelakon pada tahun 2016 telah disingkirkan dari senarai tahun ini, dan Vin Diesel yang berada di kedudukan pertama tahun lepas telah ditolak jatuh oleh pelakon Mark Wahlberg ke tangga ketiga.

Mari kita lihat senarai-senarai pelakon paling tinggi bayaran pada tahun ini berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Forbes:

8. Shah Rukh Khan ($38Juta)

Bintang filem Bollywood yang cukup terkenal. Beliau mendapat yang cukup banyak hasil daripada filem-filem lakonan beliau sepanjang tahun 2017 dan penglibatannya dalam rancangan-rancangan hiburan.

7. Tom Cruise: ($43Juta)

Pelakon kacak yang gemar muncul dalam filem-filem aksi ini mendapat pendapatan sebanyak 8 angka menerusi filem The Mummy dan Mission: Impossible 6. 

6. Robert Downey Jr. ($48Juta)

Robert Downey Jr. pernah menjadi pelakon paling kaya pada tahun 2015, tetapi tahun lepas namanya tidak tersenarai dalam laporan yang dikeluarkan oleh Forbes. Tahun ini, namanya berada di senarai keenam walaupun hanya berlakon satu filem sahaja iaitu filem Spider-Man: Homecoming. Beliau bukanlah pelakon utama, tetapi menerima bayaran yang cukup tinggi.

5. Jackie Chan: $49M

Hasil dari 6 filem lakonannya tahun ini, Jackie Chan menjadi pelakon kelima paling tinggi menerima bayaran pada tahun 2017 dan masih kekal bintang nombor satu di negara China.

4. Adam Sandler: $50.5M

Anda mungkin tidak nampak pelakon komedi ini dilayar perak, tetapi Adam Sandler telah bekerjasama dengan Netflix untuk hasilkan 4 filem bersama syarikat TV berbayar itu.

3. Vin Diesel: $54.5M

Filem The Fate of the Furious yang mengutip lebih $1 billion telah menyumbang pendapatan yang cukup banyak buat pelakon ini. Ditambah kutipan tiket filem XXX: The Return of Xander Cage dan Guardians of the Galaxy Vol. 2 meletakan pelakon ini disenarai ketiga pelakon tinggi bayaran tahun 2017

2. Dwayne “The Rock” Johnson: $65M

Peminat berkata beliau tamak, tapi The Rock nampak ia sebagai peluang untuknya menambah pendapatan. Menerusi lakonannya dalam The Fate of the Furious, Baywatch, Jumanji dan siri HBO, Ballers. Beliau berjaya menduduki tangga kedua senarai pelakon paling tinggi pendapatan pada tahun ini.

1. Mark Wahlberg: $68M

Selain membintangi filem Daddy’s Home 2 & Transformers: The Last Knight, pendapatannya yang tinggi juga didorang hasil rangkaian perniagaan burger beliau iaitu Wahlbergers, Harap Mark Wahlberg dapat buka franchise perniagaan burgernya di Malaysia

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here