Mark Wahlberg Derma Duit $1.5 juta Dolar Kepada Dana Undang-Undang Time’s Up Selepas Dikecam Golongan Feminist

0
346
views

Selepas kontroversi yang melibatkan jurang pembayaran yang berbeza diantara Mark Wahlberg dan pelakon wanita filem All The Money in the World, Michelle Williams, Wahlberg dilaporkan mendermakan kesemua bayaran yang diterimanya semasa proses penggambaran semula filem tersebut kepada dana undang-undang Time’s Up.

Aktor terkenal itu dilaporkan menerima bayaran sebanyak $1.5 juta dolar untuk proses penggambaran semula filem All The Money in the World manakala Rakan pelakonnya, Michelle Williams pula hanya menerima AS$80 sehari untuk kerja-kerja tambahan itu.

Susulan daripada itu, beberapa golongan feminist mengecam bayaran yang sangat sedikit diterima oleh Michelle Williams, iaitu kurang dari 1% dari yang diterima oleh Mark Wahlberg.

Bagaimanapun, bayaran yang diterima oleh Wahlberg disebabkan kontraknya dalam filem tersebut tidak mempunyai klausa yang memerlukan dia untuk terlibat dalam proses penggambaran semula, berbeza dengan Williams yang kontraknya melibatkan proses penggambaran semula.

Mark Wahlberg dan Michelle Williams terpaksa melakukan penggambaran semula selepas aktor Kevin Spacey disingkirkan susulan dakwaan melakukan serangan seksual. Memandangkan kontrak Wahlberg tidak termasuk proses penggambaran semula, ejennya telah menetapkan bayaran yang patut diterima oleh aktor tersebut untuk tempoh 10 hari penggambaran semula.

Menurut sumber dari CNN.com, Mark Wahlberg mendermakan kesemua bayaran yang diterimanya ke dana Time’s Up dengan menggunakan nama Michelle Williams

Kempen Time’s Up merupakan gerakan menentang serangan seksual, diasaskan Januari lalu sebagai reaksi skandal berkenaan dalam industri perfileman Hollywood. Dana undang-undang Time’s Up ini akan digunakan untuk membantu mereka yang pernah menjadi mangsa serangan seksual di tempat kerja.

Isu serangan seksual jadi topik utama, selepas pendedahan penglibatan beberapa tokoh terkenal di Hollywood, antaranya penerbit dan pengarah tersohor, Harvey Weinstein, dan Spacey.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here