Mark Adam, dari nyanyian ke lakonan

0
249
views

mark-10

Penyanyi berasal daripada Filipina, Mark Adam mengatakan yang dia kini sedang mencuba bakat dalam bidang lakonan apabila beliau menerima tawaran untuk berlakon drama bersiri Plan Cinta Tak Jadi yang bakal disiarkan di Astro.

Mark atau nama Islamnya Fikri Mark Adam, 36, berkata, biarpun menganggap ia sebagai cabaran besar apabila perlu bertutur dalam bahasa Malaysia, namun ia sesuatu yang baharu buat dirinya.

“Saya baru terlibat dengan drama Plan Cinta Tak Jadi  untuk siaran Astro, namun belum tahu bila ia akan disiarkan. Bagi saya ia adalah perkara baru dan mencabar diri saya sebagai seorang anak seni.

“Memang susah berlakon dan perlu banyak belajar terutama apabila bahasa Melayu saya masih kurang fasih,” ujarnya yang membawakan watak sebagai lelaki kasanova dalam drama komedi tersebut.

Ini merupakan drama kedua Mark Adam selepas Haji Rock yang pernah dilakonkannya awal tahun lalu untuk siaran RTM.

Dia menerima tawaran berlakon tersebut berikutan skrip dan jalan cerita  menarik perhatiannya.

“Ini pengalaman kedua saya kerana sebelum ini saya pernah pegang watak utama dalam drama Haji Rock untuk RTM tapi drama itu belum ditayangkan lagi,” ujarnya.

Sumber: mstar.com.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here