Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Mansor Bin Puteh Cipta Kontroversi, Labelkan Filem Yusof Haslam & Anaknya Sebagai Sampah


Mansor Bin Puteh – Pengkritik & Pengarah filem

Mansor bin Puteh, seorang pengkritik filem tempatan telah mengeluarkan kenyataan yang cukup berani & menimbulkan kontroversi apabila dia melabelkan filem-filem tempatan terutamanya filem arahan Yusof Haslam dan anak-anaknya sebagai karya sampah. Kenyataan itu dikeluarkan menerusi akaun Facebook miliknya semalam

“Most Hollywood dan Malaysia films and all Yusof Haslam and his’ son films are dumped into this …few are stacked at the side and fewer still are placed on the Shelves..”

Tidak dapat dipastikan apakah tujuan sebenar beliau mengeluarkan status panas berkenaan. Mungkin sebagai statusnya sebagai seorang pengkritik filem, beliau cuma menyampaikan pandangannya terhadap karya penggiat seni masa kini. Tetapi tidakkah ianya begitu pedas dan panas?

Siapakah Mansor bin Puteh?

Mansor bin Puteh adalah pengkritik filem yang berasal dari Melaka. Beliau mula menjadi pengkritik filem sejak pulang dari menuntut di Columbia University, New York dalam bidang perfileman pada awal tahun 1982. Tulisan serta kritikannya terhadap filem tempatan banyak dikeluarkan dalam akhbar tempatan.

Beliau juga pernah menerbitkan buku bertajuk Kritikan Filem pada tahun 1995 dan ia juga mengandungi koleksi tulisan kritikan filem beliau yang pernah disiarkan dalam akhbar dan juga majalah.

Beliau juga pernah menerbitkan filem yang bertajuk Seman pada 1987 namun tidak pernah bersiaran di negara sendiri kerana disebabkan masalah birokrasi daripada pihak Finas.


Beliau dianggap antihero filem melayu bersama-sama seorang lagi individu filem iaitu Allahyarham Dr. Anuar Nor Arai. Namun kedua-duanya terpinggir dalam industri perfileman tanah air kerana seringkali menimbulkan polemik dalam dunia seni & hiburan sedangkan beliau dan Dr Anuar merupakan individu yang mampu memberikan cetusan idea dan pandangan yang sangat luar biasa terhadap filem.

Munafik dan Abang Long Fadil, 2 filem anak Yusof Haslam yang sukses dari segi komersial

Jadi, status yang dikeluarkan oleh beliau itu mungkin sekadar pendapat dan pandangannya terhadap karya-karya seni masa kini. Diharap kenyataan beliau itu tidak menimbulkan satu lagi polemik dalam industri filem tanah air dan anggap sahaja pendapatnya sebagai cabaran untuk memperbaiki mutu dan kualiti filem tempatan khususnya filem melayu.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Datuk Yusof Haslam Bangga Dua Anaknya Warisi Legasi Sebagai Pengarah

Zulaikha

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd