Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Mahu Menjadi Pelakon Suara Dalam Sekuel Boboiboy The Movie?


Syarikat produksi Animonsta Studios dilaporkan sedang mencari bakat-bakat baru untuk menyumbang suara dalam filem sekuel animasi Boboiboy The Movie.

Mereka dilaporkan sedang mencari pelakon suara lelaki yang mempunyai suara yang dalam bagi membawakan karakter penjahat dan juga karakter pemuda yang baik. Selain itu juga mereka turut mencari bakat kanak-kanak perempuan berusia diantara 10 sehingga 13 tahun yang memiliki suara yang bertenaga dan kebudak-budakan bagi membawa karakter perempuan.

Memandangkan karakter akan menggunakan bahasa Melayu, kelancaran pertuturan adalah satu kelebihan. Pemohon yang berminat bolehlah menghantar sampel suara dengan membaca ayat dibawah:

“Hi nama saya (state your name) dan saya berminat untuk mencuba uji bakat suara BoBoiBoy The Movie 2″.

Pemohon kemudiannya boleh menghantar sampel suara berserta maklumat diri dan nombor telefon ke [email protected] atau [email protected].



Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee