Lucasfilm Singkirkan Colin Trevorrow Sebagai Pengarah Filem Star Wars: Episode IX.

Lucasfilm mengumumkan pengarah filem Jurassic World dan The Book of Henry, Colin Trevorrow bukan lagi pengarah untuk filem Star Wars akan datang, Star Wars: Episode IX

Khabar angin sebelum mengatakan kerusi pengarah tersebut bakal digantikan selepas filem terbaru arahan Colin The Book of Henry gagal mendapat kritikan positif dari pengkritik filem dan juga tidak mendapat kutipan yang memberangsangkan. Pihak studio bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa perbezaan idea kreatif menjadi punca mereka menyingkirkan Colin Trevorrow dari mengarahkan filem ke-9 Star Wars itu.

Loading...

Lucasfilm and Colin Trevorrow have mutually chosen to part ways on Star Wars: Episode IX. Colin has been a wonderful collaborator throughout the development process but we have all come to the conclusion that our visions for the project differ. We wish Colin the best and will be sharing more information about the film soon. – Lucasfilm

Menurut laporan The Hollywood Reporter, masalah skrip filem berkenaan menjadi punca kepada penyingkiran pengarah tersebut.

Berita ini mungkin tidak memberi kesan kepada peminat Star Wars kerana sebelum ini pemilihan Colin sebagai pengarah tidak digemari oleh mereka.

Post Author: Kakimuvee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *