Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Logan Review


Logan Review

Genre: Aksi / Superhero
Pengarah: James Mangold
Penerbit: Hutch Parker, Simon Kinbe, Lauren Shuler Donner
Penulis Skrip: Scott Frank, James Mangold, Michael Green
Pelakon: Hugh Jackman,  Patrick Stewart, Richard E. Grant, Boyd Holbrook, Stephen Merchant dan Dafne Keen.
Syarikat Produksi: Marvel Entertainment, Kinberg Genre
Edaran: 20th Century Fox,

*Spoiler Warning*

Durasi: 2jam 20 minit

Kami cuba mencari kesilapan yang ada dalam filem terbaru siri X-Men ini untuk kurangkan rating yang patut, namun kami dapati Logan adalah sebuah filem superhero yang sangat perfect dan jauh dari tipikal filem – filem superhero yang lain.

Plotnya sangat sempurna, acting sangat baik dan action sangat pure. Hugh Jackman memberikan 100% komitmennya dalam lakonan terakhirnya sebagai Wolverine. Begitu juga Patrick Stewart dimana dia juga turut bersara sebagai Profesor X.


Kami masih ingat lagi diawal pemilihan Hugh Jackman sebagai Wolverine. Ramai peminat mempertikaikan pemilihan Hugh Jackman yang dilihat lebih tinggi berbanding watak sebenarnya dalam komik. Namun kini, peminat merasai kehilangan Wolverine dalam filem-filem X-Men akan datang. Ini bukan soal live-action karakter dengan dalam komik kena sama, tapi soal acting oleh aktornya. Hugh Jackman berjaya mencipta persona Logan dimata penonton sehinggakan tiada siapa yang layak membawa karakter Logan selain Hugh.

Logan berkontrontasi dengan Donald Pierce

Pengarah James Mangold berjaya menutup babak siri X-Men dengan penuh beremosi dan memberikan sebuah filem superhero yang sepatutnya kita dapat. Beliau berjaya menghasilkan sebuah filem superhero yang tidak perlu spandex dan grafik yang berlebihan, cukup sekadar plot filem yang kuat dan aksi yang hebat.

Yup! Old-Man Logan adalah sekadar adaptasi tetapi storyline Logan lebih dari itu. Apa yang terjadi pada ahli X-Men dan mutant yang lain hanya Profesor X dan Logan sahaja yang tahu, adakah Wolverine membunuh kesemua X-Men atau Profesor X secara tidak sengaja mencetuskan Incident Winchester yang membunuh kesemua mutant, semuanya menjadi persoalan. Tapi kisah silam merekalah membawa kita ke filem Logan yang mana hanya 3 mutant sahaja yang masih hidup termasuklah Caliban dan mereka mesti melindungi Laura salah satu mutant yang diburu oleh organisasi yang dikenali sebagai Transigen.

Dalam mereka cuba membawa Laura ke sebuah tempat yang dikenali sebagai Eden, Profesor X cuba membantu Logan yang sedang dalam keadaan sakit, sakit akibat kisah silamnya dan penyakit yang telah menyebabkan abilitinya menurun. Logan pula cuba sedaya-upaya membantu Profesor X yang semakin tua, sukar untuk mengawal kuasanya dan membawanya ke tempat yang mana mereka tidak akan diburu oleh kerajaan US

Logan dan Profesor X terpaksa bersembunyi

Dalam filem kali ini. Hugh Jackman berjaya interpret karakter Logan dengan begitu baik sekali. Logan yang sedang mengalami masalah jiwa kerana merasai kehilangan kawan-kawannya dan berputus asa untuk terus hidup telah menyebabkan dia menjadi seorang individu yang loser sehinggakan enggan kembali bertarung dan menjadi kaki botol. Namun, Logan terpaksa mengeluarkan “claw”nya kembali dan melakukan aksinya buat kali terakhir demi nyawa seorang kanak-kanak dan rakan baiknya, Profesor X walaupun tahu dia semakin lemah dan tidak bermaya untuk bertarung.

Satu lagi part yang membuatkan filem Logan ini antara filem superhero komik terbaik adalah aksi R-Rated nya. Aksinya sangat pure tanpa bantuan CGI dan menggunakan fight choreography sepenuhnya. Puas hati melihat “Claw” menembusi badan dan darah-darah yang terpercik keluar dek disebabkan amukan Logan dan Laura. James Mangold telah menghasilkan sebuah filem superhero yang berlainan dengan filem bergenre yang sama dimana selama ini ia dipenuh dengan hyperactive editing dan penuh dengan efek CGI. Bayangkan seperti sedang menonton filem-filem klasik aksi, cuma kali ini digabungkan dengan superhero komik, sangat priceless.

X23 / Laura bakal menyambung legasi X-Men?

Cuma kebiasaanya filem-filem superhero diakhiri dengan happy ending ataupun plot yang tergantung, berbeza pula dengan Logan yang memberikan satu emosi yang menyedihkan kepada penonton terutamanya kepada peminat-peminat Wolverine. Inilah perjalanan terakhir Wolverine selepas 17 tahun dan penamat kepada legasi X-Men, dan tindakan Laura di akhir filem membuatkan kita teringat perjalanan Logan bersama-sama X-Men.

Kejituan plot filem, kehebatan para pelakon membawa karakter dengan baik dan kehebatan babak aksinya telah berjaya menghasilkan sebuah filem superhero terbaik setakat ini dan filem yang dimaksudkan adalah filem Logan. Logan juga telah membawa dimensi baru kepada genre filem-filem superhero yang lain dilihat begitu tipikal. Ia memberikan view yang berbeza kepada penonton dan memberitahu kepada kita bahawa filem superhero komik boleh dibuat dengan gaya dan view yang berbeza dari apa yang kita tonton selama ini.

Akhir kata dari kami, “we will miss you Logan, last X-Men on Earth”

Rating: 10/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee