Logan Deleted Scene Dedahkan Profesor X Keliru Dengan Garis masa Asal & Yang Telah Diubah

0
491
views

Seperti yang kita tahu, garis masa atau ‘timeline’ filem-filem X-Men boleh dikatakan agak mengelirukan, lebih-lebih lagi jika kita tidak menonton kesemua filem-filem X-men. Bahkan, bukan sahaja penonton yang terkeliru, malah Charles Xavier atau juga dikenali sebagai Profesor X juga turut keliru dengan garis masa sebenar X-Men apabila bercerita mengenai kisah lampau Logan kepada rakan baru mereka.

Dalam video ‘deleted scene’ filem Logan, semasa babak makan malam dirumah Will Munson dan Kathryn Munson, Charles telah mendedahkan kepada keluarga Munson bahawa Logan telah membunuh isterinya iaitu Jean Grey semasa menceritakan tentang status perkahwinan Logan kepada keluarga tersebut. Bagi yang menonton filem ini tanpa memikirkan timeline X-Men mungkin akan menganggap sekadar flashback yang biasa sahaja, tapi bagi penonton yang tahun mengenai timeline universe X-Men pasti terkeliru dengan kisah yang diceritakan oleh Charles. Anda boleh tonton video dibawah:

Adakah dimasa lampau, Jean Grey dan Logan benar-benar berkahwin ataupun, Charles sebenarnya keliru dengan garis masa asal dan yang telah diubah? Kejadian Logan membunuh Jean Grey ditunjukkan dalam filem X-Men: The Last Stand sebelum Logan mengubah realiti masa apabila pergi ke masa lampau dalam filem Days of Future Past. Di penghujung filem Day of Future Past, Charles telah meminta izin Logan untuk melihat ke dalam mindanya bagi memahami dua garismasa yang berbeza.

Jadi, selain Logan, Charles juga tahu tentang kewujudan dua timeline X-Men. Memandangkan dalam filem Logan dia mengalami alzheimer, dia mungkin terkeliru dengan ‘timeline’ asal dan ‘timeline’ yang telah diubah sehinggakan membuka cerita mengenai Logan membunuh Jean Grey kepada keluarga Munson sedangkan Logan tidak membunuh Jean Grey selepas berjaya mengubah masa dalam filem X-Men: Days of Future Past

Mujur babak ini dipotong dalam filem Logan, jika tidak ia pasti akan membuka satu lagi perdebatan dan kekeliruan mengenai timeline universe X-Men.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here