Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Logan Akan Ditayangkan Pada Festival Filem Berlin


Tidak lama lagi kita akan mendapat review awal dari audience yang akan menonton filem sekuel Wolverine berjudul Logan, apabila ia disenaraikan antara filem yang akan ditayangkan pada Festival Filem Antarabangsa Berlin.

Filem terakhir Hugh Jackman ini telah diumumkan bersama 13 filem lain untuk tayangan perdana di festival berkenaan yang akan bermula 9 februari depan.

Filem yang diarahkan oleh pengarah James Mangold akan menampilkan watak Logan yang semakin berusia akibat kehilangan abiliti untuk menyembuh dan dia sedang menjalankan misi untuk melindungi seorang kanak-kanak dari diburu penjahat.

Kebanyakan peminat-peminat terutamannya yang meminati siri franchise X-Men tidak sabar untuk menonton filem ini kerana ia adalah filem terakhir dua aktor utama siri franchise ini iaitu Hugh Jackman dan Peter Steward apabila masing-masing telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan dua watak ikonik superhero Marvel iaitu Logan dan Professor X.

Anugerah terunggul Festival Filem Berlin dijangka diumumkan pada 18 Februari, 2017 manakala filem Logan akan ditayangkan pada 3 March 2017


 


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee