Lionsgate Akan Hasilkan Filem Naruto

0
248
views

naruto_shippuden_movie_2__625_1680

Produksi Lionsgate bakal menghasilkan filem berdasarkan siri komik Manga popular, Naruto tidak lama lagi. Pihak produksi tersebut dikatakan dalam proses untuk mendapatkan hak perfileman siri Naruto tersebut dari penulis dan pelukisnya iaitu Masashi Kishimoto.

Komik Manga Jepun itu diterbitkan pada tahun 1997 dan semenjak itu lebih 200 juta salinan telah diedarkan diseluruh dunia manakala siri animasinya yang ditayangkan sejak tahun 2002 mempunyai 220 episode sebelum animasinya diteruskan dalam sequel Narusto Shippuden pada tahun 2007. Selain itu juga, 10 filem animasi Naruto juga telah dihasilkan.

Selain itu juga, pihak Lionsgate telah mengambil Michael Gracey utnuk mengarahkan filem Naruto ini. Gracey merupakan pakar dalam menghasilkan kesan – kesan khas sebelum beralih kepada kerjaya mengarahkan filem. Beliau pernah terlibat dalam beberapa projek penghasilan filem seperti Daughter of Smoke and Bone, filem biopic Elton John, Rocketman dan filem akan datang The Greatest Showman on Earth.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here