Lihat ‘Motion Poster’ Filem The Predator

Predator Fan Art

20th Century Fox melancarkan ‘motion poster’ filem reboot The Predator, anda boleh lihat motion poster tersebut pada video klip dibawah.

Filem The Predator merupakan sebuah filem terbaru dari franchise Predator. Diarahkan oleh salah seorang pelakon asal The Predator, Shane Black dan ditulis oleh Fred Dekker. The Predator adalah sambungan dari dua filem awal franchise tersebut dan bukan reboot kepada keseluruhan siri. Filem ini diklasifikasikan sebagai ‘Restricted’ atau R-Rated atau 18 keatas berdasarkan klasifikasi filem negara ini.

The Predator bakal menampilkan beberapa pelakon ternama antaranya Boyd Holbrook (NarcosLogan), Olivia Munn (X-Men: Apocalypse), Trevante Rhodes (Moonlight), Keegan-Michael Key (KeanuKey & Peele), Thomas Jane (The Punisher), Jacob Tremblay (Room), Yvonne Strahovski (Dexter), Alfie Allen (Game of Thrones), Sterling K. Brown (The People vs. O.J. SimpsonThis is Us) dan Edward James Olmos (Battlestar GalacticaBlade Runner).

Loading...

Filem pertama franchise Predator diarahkan oleh John McTiernan dan dibintangi Arnold Schwarzenegger yang membawakan watak ketua kepada pasukan khas tentera US yang diserang oleh makhluk asing. Filem sekuel kemudiannya diterbitkan pada tahun 1990 yang berjudul Predator 2. Selain itu juga, filem ‘crossover’ diantara franchise Predator dan Alien juga pernah dihasilkan iaitu Alien vs. Predator dan juga AvP: Requiem. 

Pada tahun 2010, pengarah Nimrod Antal menghasilkan filem reboot Predators yang menyaksikan beberapa individu berkuasa dibumi telah diculik dan dihantar ke sebuah planet asing dimana makhluk asing ini akan memburu mereka.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai plot filem terbaru ini. The Predator akan ditayangkan pada 3 Ogos 2018

 

Post Author: Kakimuvee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *