Lihat Hantu Cantik Dalam Trailer Langsuir

0
39
views

Pengarah Osman Ali kembali mengarahkan sebuah filem seram romantik berjudul Langsuir. Anda boleh tonton teaser trailer filem tersebut dipemain video dibawah.

Azlan dan rakan-rakannya bercuti di kepulauan Pulau Langsuir. Di sana, Azlan bertemu Suri, seorang gadis jelita, dan jatuh cinta padanya. Tanpa dia ketahui, Suri sebenarnya adalah hantu langsuir. Cemburu dengan hubungan romantik mereka, rakan Azlan merancang untuk menikam kepala Suri dengan paku untuk mendedahkan rupa hantunya. Tindakan ini telah menyebabkan kakak Suri, Dewi, marah dan dia muncul untuk menimbulkan kekecohan dalam kumpulan itu.

Langsuir dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Hannah Delisha. Filem edaran Early Bird Productions ini akan menemui penonton pada 20 September 2018

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here