Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Gosip

Leonardo DiCaprio Di Kecam Hisap Vape Di Anugerah SAG


leonardo vape

PELAKON Leonardo DiCaprio diselar selepas gambar memperlihatkannya sedang menghisap rokok elektronik iaitu vape tersebar ketika menghadiri Anugerah Screen Actors Guild (SAG) baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan pelakon filem The Revenant itu dilihat menghisap vape ketika majlis anugerah tersebut sedang berlangsung dan rata-rata menganggap perbuatan Leonardo, 41, itu sebagai tidak sopan.

Gambar tersebut telah menarik perhatian Persatuan Paru-Paru Amerika memandangkan menghisap vape adalah dilarang di Los Angeles termasuk di restoran, kelab malam dan tempat awam lain.

Dalam pada itu, Leonardo buat pertama kali memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik SAG selepas sembilan kali dicalonkan dalam kategori sama sebelum ini.


Related posts

Killer Of The Flower Moon Akan Ditayangkan Di Malaysia Pada 19 Oktober Ini

Kakimuvee

Saksikan Trailer Tayangan Semula “Titanic” Sempena Ulangtahun Ke-25

Kakimuvee

Leonardo DiCaprio Hampir Kehilangan Peranan Dalam Filem Titanic

Kakimuvee

Christian Bale Terhutang Budi Pada Leonardo DiCaprio Kerana Melepaskan Peranan Ini

Kakimuvee

Leonardo DiCaprio & Martin Scorsese Kembali Bergandingan Dalam Filem Thriller Terbaru Untuk Apple TV+

Kakimuvee

Leonardo DiCaprio Sebagai Ketua Kultus Dalam Filem Biopik Jim Jones

Kakimuvee