Leonardo DiCaprio Bakal Bintangi Filem Arahan Terbaru Quentin Tarantino

0
325
views

Aktor Leonardo DiCaprio bakal bekerjasama sekali lagi dengan pengarah Quentin Tarantino apabila dilaporkan akan membintangi filem terbaru arahan pengarah tersebut. Filem kesembilan Tarantino itu masih belum mempunyai tajuk rasmi tetapi ia akan mengisahkan tentang Charles Manson, ketua kepada Manson Family yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan terkenal di US semasa era 60an

DiCaprio dan Tarantino pernah bekerjasama dalam filem Django Unchained yang diterbitkan pada tahun 2012. Ini juga filem pertama yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio selepas berjaya memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Oscar tahun lalu menerusi filem The Revenant

Maklumat lanjut mengenai filem ini masih belum didedahkan, tetapi terdapat laporan DiCaprio akan membawakan watak seorang lelaki yang berusia, malah ‘tone’ filem ini dilihat akan menyamai filem Pulp Fiction, salah satu filem arahan pengarah Quentin Tarantino.

Sebelum ini, Margot Robbie juga dikhabarkan akan turut berlakon dalam filem ini dan dikatakan akan membawa watak Sharon Tale. Tetapi aktres tersebut masih belum disahkan penglibatannya. Selain itu juga beberapa pelakon kelas A turut dikaitkan dengan filem ini antaranya Samuel L. Jackson, Tom Cruise dan Brad Pitt.

Filem kesembilan Taratino ini telah ditetapkan tarikh tayangannya oleh Sony Pictures pada 9 Ogos 2019, iaitu tarikh kematian Sharon Tale dan penghuni rumahnya akibat dibunuh oleh Manson Family atas arahan Charles Manson.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here