Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Legenda Komik Marvel, Stan Lee Meninggal


Berita mengejutkan buat peminat-peminat Marvel khususnya dan juga peminat komik, pencipta karakter-karakter Marvel, Stan Lee dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 95 tahun.

Menurut beberapa portal hiburan antarabangsa, legenda komik berkenaan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke pusat perubatan Cedars-Sinai dari rumahnya pada pagi Isnin yang lalu (waktu Amerika Syarikat).

Sejurus selepas kematian Stan Lee, anak perempuannya Joan Celia mengeluarkan kenyataan.

“My father loved all of his fans. He was the greatest, most decent man.”

Stan Lee sebelum ini dilaporkan mengalami beberapa masalah kesihatan antaranya pneumonia. Selain itu juga, mendiang turut mengalami masalah penglihatan.


Legenda dalam industri komik itu merupakan pencipta karakter-karakter dan komik Marvel bersama-sama rakannya, Jack Kirby. Stan Lee dan Jack Kirby memulakan dunia komik Marvel dengan mencipta Fantastic Four pada tahun 1961. Kemudian mendiang terus membantu mencipta beberapa karakter Marvel terkenal seperti Spider-Man, Black Panther, The Incredible Hulk, X-Men, Iron Man, dan The Avengers. Walaupun tidak terlibat dalam pembikinan filem-filem Marvel, beliau sering muncul dalam filem dengan membawakan watak cameo.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee