Lee Chong Wei Kutip RM3 Juta, KL Special Force Terus Tambah Kutipan Tiket

0
512
views

Filem biopik mengenai jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang berjudul Lee Chong Wei – Rise of the Legend berjaya mengutip RM3 juta sejak ia ditayangkan pada 8 Mac yang lalu. Filem Lee Chong Wei – Rise of the Legend arahan Tang Bee dan terbitan CB Pictures Sdn. Bhd. kini menduduki tangga kedua carta filem tempatan paling laris tahun ini buat masa ini.

Sementara itu, filem arahan Syafiq Yusof, KL Special Force terus mencatat kutipan memberangsangkan apabila kutipan filemnya kini mencecah RM 11 juta. Walaupun perjalanan untuk mengatasi kutipan filem Abang Long Fadil 2 masih lagi jauh, filem aksi polis itu dijangka akan terus menambah kutipan tiket.

Sementara itu, dua lagi filem yang baru ditayangkan iaitu filem Hantu Wangan arahan pengarah Ahmad Idham dan 33KM From KL arahan KS Umaagaanthan gagal mendapat kutipan yang diharapkan. Hantu Wangan hanya mampu mengutip RM 80 ribu sejak ia mula ditayangkan pada 22.03.2018 manakala filem tamil 33 KM From KL hanya mampu mengaut RM 18.7 ribu sejak ia ditayangkan pada 8 Mac yang lalu.

Berikut adalah senarai penuh kutipan tiket filem-filem tempatan sehingga 29 Mac 2018

KL Special Force – RM 11.03 juta
Lee Chong Wei – RM 3 Juta
A House of Happiness – RM 1.59 juta
Makrifat Cinta – RM 138,686
Bukan Cinta Malaikat – RM 134,324
Best Story – RM 123,077
Amazing Titanman – RM 92,634
Get Hard – RM 89,834
Hantu Wangan – 80,165.50
Badang – RM 74,148
Busker – RM 68,739
Surf This Love – RM 38,231
33KM From KL – 18,779
Bidong The Boat People – RM 3,536

Jumlah keseluruhan kutipan tiket = RM 16.47 juta
Sumber: Finas

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here