Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Lakaran David Harbour Sebagai Hellboy Dalam Filem Reboot Akan Datang


Selepas Mike Mignola memberitahu kepada peminat Hellboy mengenai filem Hellboy yang akan di”reboot” tidak lama lagi dan pemilihan David Harbour sebagai aktor yang menggantikan Ron Perlman sebagai Hellboy, ramai peminat tertanya-tanya bagaimanakah rupa Hellboy atau namanya Anung un Rama dalam filem akan datang.

Seorang profesional artis, Bosslogic telah membuat lakaran wajah Hellboy ala David Harbour dan memuatnaik lakaranya dilaman sosial Instagram beberapa jam yang lalu.

https://www.instagram.com/p/BT6bB_8g9Gc/?taken-by=bosslogic

Lakarannya terdapat sedikit iras-iras Perlman, pelakon pertama yang membawakan watak Hellboy dalam dua filem terdahulu, cuma ia lebih kelihatan lebih berjambang berbanding karakter Hellboy sebelum ini.

Perlman tidak diangkat semula membawakan watak ini disebabkan faktor usia dan David, Aktor untuk siri Stranger Things telah dipilih oleh penerbit filem ini untuk membawakan watak Hellboy.


Filem dari komik Darkhorse ini dijangkakan akan ditayangkan pada tahun 2018, dan menurut Mike Mignola, mereka sedang dalam perancangan untuk memulakan pengambaran filem yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat Hellboy.


Related posts

Millennium Media Bangunkan Reboot “Hellboy”

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

David Harbour Bintangi Filem Aksi Langsung “Gran Turismo”

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee