Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

La La Land Ungguli Anugerah Golden Globe Ke 74


Filem lakonan Emma Stone dan Ryan Gosling, La La Land mengungguli Anugerah Golden Globe ke 74 yang baru sahaja berakhir sebentar tadi.

Menerima tujuh pencalonan, La La Land membawa pulang kesemua trofi terbabit, antaranya Filem Terbaik (Komedi/Muzikal), Aktor dan Aktres Terbaik (Ryan Gosling dan Emma Stone) dan Pengarah Terbaik (Damien Chazelle).

La La Land mengisahkan sepasang kekasih, Mia dan Sebastian, yang cuba merealisasikan impian dalam bidang muzik sehingga memaksa mereka membuat pilihan antara kerlipan glamor atau cinta sejati.

Begitupun, kejutan tercipta apabila sebuah lagi filem, Moonlight, yang dijangka akan memberi saingan hebat buat La La Land, gagal menyerlah.

Ia bagaimanapun tetap berjaya membawa pulang Filem Terbaik (Drama).


Antara pemenang-pemenang lain ialah Aktres Komedi Terbaik (Tracee Ellis Ross), Tom Hiddleston (Aktor Terbaik – Siri Terhad) dan Zootopia (Filem Animasi Terbaik).

Anugerah Golden Globes, saban tahun disifatkan sebagai ‘pra Oscar’, kerana ia dikatakan menjadi indikasi pemenang di Anugerah Akademi kelak.

Sumber: Astro Awani


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee