Kutipan Terkinin Venom Cecah $378.1 juta

0
17
views

Filem terbaru Sony, Venom terus meraih kutipan yang cukup memberasangkan apabila berjaya mengumpulkan kutipan terkini $378.1 juta dolar seluruh dunia.

Kutipan tersebut termasuklah kutipan untuk pasaran antarabangsa iaitu sebanyak $235.3M juta dolar dan kutipan domestik US iaitu pada $142.8 juta dolar. Jika prestasi kutipan filem ini berterusan termasuklah kutipan di China, dijangka kutipan Venom sekitar $500 juta ke $600 juta seluruh dunia.

Venom diarahkan Ruben Fleischer manakala skrip ditulis oleh Scott Rosenberg & Jeff Pinkner. Filem yang diadaptasikan dari karakter komik Marvel ini mengisahkan tentang Eddie Brock (lakonan Tom Hardy) yang akan berhadapan dengan penjahat Life Foundation yang diketuai oleh Dr. Ashley Kafka yang ingin membawa kemusnahan kepada Bumi

Selain Tom Hardy, filem ini juga turut dibintangi Jenny Slate, Michelle Williams dan Riz Ahmed sebagai Dr. Ashley Kafka. Venom kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here