Kutipan Terkini The Last Jedi Mencecah $934 Juta

0
373
views
Sumber gambar: Screenrant

Filem Star Wars: The Last Jedi menambah lagi kutipan tiket apabila menambah $19.4 juta untuk pasaran domestik dan $22.7 juta pasaran antarabangsa pada Khamis yang lalu. Kutipan tersebut menjadikan filem The Last Jedi kini telah mengumpul sebanyak $934 juta dolar, $464.6 juta dari pasaran domestik dan $469.6 juta dari pasaran antarabangsa.

Filem arahan Rian Johnson bakal mencecah $1 billions dollar apabila mula ditayangkan di negara China pada 5 Januari 2018.

Sementara itu, filem keluaran Columbia Pictures, Jumanji: Welcome to the Jungle menambah $15 juta dolar dari pasaran domestik untuk menjadikan jumlah terkumpul filem berkenaan mencecah $119.3 juta dolar, untuk pasaran domestik sahaja. Pasaran antarabangsa telah menyumbang sebanyak $49 juta dolar sejak ia mula ditayangkan 14 Disember yang lalu menjadikan jumlah keseluruhan filem Jumanji mencecah $186.5 juta.

Filem Pitch Perfect 3 $6.6 juta dolar untuk pasaran domestik menjadikan kutipan global filem tersebut kini mencecah $62.9 juta. Filem lakonan Hugh Jackman, The Greatest Showman menambah $5.37 juta dolar menjadikan jumlah keseluruhan filem tersebut termasuk kutipan antarabangsa kini mencecah $43 juta.

Dua filem animasi, Ferdinand dan Coco masing-masing menambah $4.5 juta dan $2.828 juta menjadikan jumlah keseluruhan filem Ferdinand mencecah $77.3 juta dan Coco sebanyak $507.9 juta dolar

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here