Kutipan Terkini Hantu Kak Limah Cecah RM6.45 Juta

0
36
views

Filem terbaru arahan Mamat Khalid terus meraih kutipan yang cukup memberangsangkan apabila telah berjaya mengumpul RM6.45 juta sejak ia ditayangkan 8 haribulan Ogos yang lalu.

Sambutan luar biasa daripada penonton ini bermula sejak hari pertamanya lagi iaitu pada 9 Ogos apabila berjaya mengutip RM1.8 juta.

Ketika berkata pada akbar Harian Metro, pengarah berusia 55 tahun itu melahirkan rasa gembira atas sambutan peminat terhadap karya terbaru beliau.

“Alhamdulillah, saya juga sangat gembira kerana HKL turut memegang rekod filem pecah panggung dengan tayangan pembukaan meraih kutipan RM1.8 juta. Saya juga mendapat maklum balas daripada semua peminat yang memberitahu filem ini sangat menghiburkan untuk seisi keluarga,” 

Menurutnya lagi, untuk filem keempat dari francais Kampung Pisang dia tampil berbeza dari tiga filem terdahulu yang mana kali ini fokusnya hanya mahu menghasilkan sebuah filem khas buat penonton, namun masih diselitkan dengan eleman ‘maksud tersirat’.

Tambahnya lagi, dia mahu melihat penonton bergelak ketawa dan terhibur sepanjang menonton filem ini tanpa perlu berfikir apa-apa.

Dalam filem terbaru ini Mamat hanya mengekalkan dua pelakon asal iaitu Datuk Awie dan Delimawati sebagai Husin dan Kak Limah.

Selebihnya dibarisi oleh pelakon baru seperti Allahyarham Rab Khalid, TJ Isa, Sharwani, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Mus May, Erra Fazira, Jue Aziz, Sabri Yunus, Pekin Ibrahim dan Datuk Seri Vida.

Sumber: Cinema Online

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here