Kutipan Terkini Filem-Filem Tempatan Sehingga 22 Februari 2018

0
955
views

Sejak filem Busker ditayangkan pada 11 Januari 2018 sehingga tayangan filem A House of Happiness pada 15 Februari yang lalu, sebanyak 6 buah filem tempatan telah ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Sehingga kini, filem baru A House of Happiness telah berada ditangga teratas kutipan filem tempatan paling laris 2018 dengan kutipan RM 928 ribu.  A House of Happines diarahkan oleh JY Teng dan dibintangi oleh Richard Ng, Mimi Chu, Chan Fong, Cheryl Lee. Filem bergenre komedi ini mengisahkan Liong Gor yang perlu menjaga bapanya yang mengidap penyakit Alzheimer

Manakala filem arahan Kamal G, Makrifat Cinta berada dikedudukan kedua dengan kutipan sebanyak RM138 ribu dan hanya mampu bertahan di pawagam selama 7 hari sahaja.

Filem keluaran Astro Shaw buat masa ini berada dikedudukan paling bawah senarai kutipan filem tempatan apabila hanya mampu mengaut RM68 ribu sahaja selepas 14 hari tayangan di pawagam. Sementara itu, filem keluaran Fita Studio, Badang sehingga kini hanya mampu mengutip RM68 ribu sejak ditayangkan 15 Februari yang lalu. Badang yang diarahkan oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen dikatakan bermodal RM2.2 juta dan sepanjang tayangan filem ini dipawagam, ia telah mendapat review dan kecaman yang cukup teruk dari pengkritik dan netizen.

Berikut adalah senarai kutipan tiket filem-filem tempatan 2018

A House of Happiness – RM 928,511
Makrifat Cinta – RM 138,686
Bukan Cinta Malaikat – RM 134,324
Best Story – RM 123,077
Badang – RM 68,816
Busker – RM 68,739

Sumber: Finas

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here