Kutipan Terkini Filem-Filem Tempatan (Sehingga 02 Oktober 2017)

0
714
views

Sehingga 02 Oktober 2017, sebanyak 38 buah filem tempatan telah dimainkan di pawagam-pawagam tanah air. Dari 38 filem berkenaan, tiga filem telah berjaya mengutip kutipan tiket yang memberangsangkan. Kedudukan pendahulu carta filem tempatan J Revolusi telah dipintas oleh filem Abang Long Fadil 2 yang berjaya mengutip RM17.64 juta (sehingga artikel ini ditulis) dah telah berjaya memecah rekod filem paling laris untuk pasaran tempatan yang dipegang oleh filem Ola Bola selamat dua tahun. Sementara itu Love From Kampung Pisang (Filem Kantonis) berada ditangga ketiga dengan kutipan sebanyak RM 1 juta.

Filem yang mendapat kutipan paling rendah kekal filem Spy In Love & disertai oleh terbaru iaitu Mendidih Bro yang mengutip hanya RM4000 diikuti filem Puthiya  Payanam yang mendapat kutipan hanya RM 6 Ribu sahaja.

Berikut adalah kutipan tiket 38 buah filem tempatan sehingga 02 Oktober 2017. Susunan mengikut filem paling tinggi kutipan tiket.

  1. Abang Long Fadil – RM17.64 Juta
  2. J Revolusi – RM6.4 Juta
  3. Love From Kampung Pisang – RM1 Juta
  4. Kimchi Untuk Awak – RM 874 Ribu
  5. Kau Yang Satu – RM 765 Ribu
  6. Lebuhraya Ke Neraka – RM 530 Ribu
  7. You Mean The World To Me – RM 520 Ribu
  8. Berbisik Pada Langit – RM 518 Ribu
  9. Hospital – RM 470 Ribu
  10. Dorm Melati – RM 354 Ribu
  11. Goodbye Mr. Loser – RM 351 Ribu
  12. Money Money Home  – RM 334 Ribu
  13. Minah Motor – RM 330 Ribu
  14. Kanang Anak Langkau – RM 166 Ribu
  15. Therapist – RM140 Ribu
  16. Mrs. K – RM 134.6 Ribu
  17. Kau Takdirku  – RM100.6 Ribu
  18. Adiwiraku – RM 99 Ribu
  19. Sindiket – RM84 Ribu
  20. I Am Lim Kah Seng – RM76 Ribu
  21. Aku Haus Darahmu – RM60 Ribu
  22. Malay Regiment  – RM60 Ribu
  23. New Year Wish – RM49 Ribu
  24. Kolestrol Vs. Cinta – RM 48 Ribu
  25. 913 – The Returning – RM 48 Ribu
  26. Maama Machan – RM 44 Ribu
  27. Pak Pong – RM35 Ribu
  28. “Soulmate”.. Hingga Jannah – RM25 Ribu
  29. Balun – RM 22 Ribu
  30. Vettai Karuppar Ayya – RM20.5 Ribu
  31. Pencuri Hati Mr. Cinderella – RM18 Ribu
  32. Hijabsta Ballet – RM 16 Ribu
  33. Kerja Kahwin – RM 15 Ribu
  34. Kamar Seksa – 15 Ribu
  35. RIP? – RM 8 Ribu
  36. Puthiya  Payanam – RM 6 Ribu
  37. Mendidih Bro – RM4 Ribu
  38. Spy In Love – RM4 Ribu

Sumber: Finas.gov.my

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here