Kutipan Terkini Filem-Filem Tempatan Sehingga 01 Mac 2018

0
682
views

Sehingga 1 Mac 2018, sebanyak 8 buah filem tempatan ditayangkan dengan tiga daripada adalah filem berbahasa Cina. Setakat ini, filem arahan JY Teng masih mendahului kutipan tiket filem tempatan apabila filem A House of Happiness berjaya mengutip RM1.49 juta. Filem berkenaan telah ditayangkan 15 Februari yang lalu di 56 buah pawagam tempatan.

Filem arahan Kamal G, Makrifat Cinta berjaya mengutip RM138 ribu sahaja. Filem berkenaan hanya mampu bertahan selama 7 hari sahaja walaupun ditayangkan di 70 buah pawagam tempatan.

Sementara itu, filem paling kontroversi setakat ini, Badang arahan Prof. Dr. A. Razak Mohaideen berjaya menambah sedikit kutipan tiket mereka dari RM69 ribu minggu lepas kepada RM 74 ribu. Filem adiwira tempatan itu telahpun ditamatkan tayangan.

Dua filem yang baru ditayangkan minggu lepas, Amazing Titanman arahan Eddie Tiger dan Surf This Love arahan Waan Hafiz hanya mampu mengaut RM 88 ribu dan RM 36 ribu pada minggu pertama tayangan.

Berikut adalah senarai penuh kutipan tiket filem-filem tempatan sehingga 1 Mac 2018

A House of Happiness – RM 1.59 juta
Makrifat Cinta – RM 138,686
Bukan Cinta Malaikat – RM 134,324
Best Story – RM 123,077
Amazing Titanman – RM 88,362.05
Badang – RM 74,148
Busker – RM 68,739
Surf This Love – 36,299

Jumlah keseluruhan kutipan tiket = RM 2.1 juta

Sumber: Finas

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here