Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kutipan Terkini Black Panther Cecah $950 Juta Dolar


Filem terbaru Marvel, Black Panther semakin hampiri kutipan $1 billion dollar apabila kutipan terkumpul filem berkenaan kini telah mencecah $950 juta dolar. Jika filem berkenaan berjaya lepas angka $1 Billion, ia akan menyertai filem-filem Marvel yang lain seperti The AvengersAvengers: Age of UltronIron Man 3, dan Captain America: Civil War yang mencatat kutipan melebihi $1 Billion dolar.

Selepas 22 hari tayangan, filem arahan Ryan Coogler itu telah mengumpul $521 juta dolar untuk pasaran domestik dan masih mendominasi carta box office dengan mengutip $66 juta, meninggalkan pencabar terdekat Red Sparrow yang hanya mengutip $16.9 juta.

Kutipan antarabangsa Black Panther dijangka akan melepasi angka $500 juta apabila ditayangkan di China pada 9 Mac ini. Dijangkakan Black Panther akan mengutip $22 juta dolar pada minggu pertama tayangan di negara tersebut.

Black Panther yang dibintangi oleh Chadwick Boseman, Danai Gurira, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker, dan Andy Serkis masih lagi ditayangkan dipawagam-pawagam berdekatan


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee