Kutipan Solo: A Star Wars Story Semakin Perlahan, Bakal Menjadi Filem Pertama Lucasfilm Yang ‘Flop

0
88
views

Filem ‘standalone’ kedua Star Wars, Solo: A Star Wars Story dilihat semakin sukar untuk melepasi angka $400 juta apabila hanya mengutip $29.3 juta dolar pada minggu kedua untuk pasaran domestik US, jatuh sebanyak 65% berbanding kutipan minggu pertama.

Sementara itu, untuk pasaran antarabangsa, filem ini hanya mampu meraih sebanyak $30.3 juta dolar pada minggu kedua. Jika dicampur kesemuanya, jumlah kutipan keseluruhan filem ini hanyalah $264.2 juta seluruh dunia. Filem ini perlu melepasi angka $400 juta untuk elakkan ia mengalami kerugian.

Kos pembikinan Solo: A Star Wars Story adalah sebanyak $250 juta dolar, antara paling mahal berbanding filem-filem Star Wars yang lain. Penggambaran semula yang dilakukan oleh pengarahnya, Ron Howard, menjadi salah satu sebab peningkatkan kos pembikinan filem ini.

Solo: A Star Wars Story dibintangi oleh Alden Ehrenreich, Donald Glover, Joonas Suotamo. Woody Harrelson Emilia Clarke, Thandie Newton, Paul Bettany, serta Phoebe Waller-Bridge dan filem ini sedang ditayangkan dipawagam – pawagam tempatan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here