Kutipan Mission: Impossible – Fallout Mencecah $500 Juta Dolar

0
17
views

Filem terbaru Tom Cruise, Mission Impossible – Fallout kini telah melepasi angka $500 juta dolar seluruh dunia. Sehingga kini, kutipan domestik Amerika Syarikat filem tersebut mencecah $10.5 juta dolar manakala kutipan di negara-negara antarabangsa termasuk Malaysia mencecah $320.7 juta dolar menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $501.4 juta dolar.

Kutipan Mission Impossible – Fallout dijangka akan terus meningkat sehingga $750 juta dolar apabila ia ditayangkan di China pada 31 Ogos ini. Jika kutipan tersebut berjaya dicapai, ia akan menjadikan filem paling laris dalam francais Mission Impossible dan juga dalam kerjaya Tom Cruise.

Mission: Impossible – Fallout turut menampilkan beberapa pelakon seperti Alec Baldwin, Simon Pegg, Ving Rhames, Rebecca Ferguson, Michelle Monaghan, Henry Cavill, Angela Bassett, serta Vanessa Kirby dan masih ditayangkan dibeberapa pawagam tanah air.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here