Kutipan The Last Jedi Kutip $844 Juta, Coco Cecah Angka $500 juta

0
457
views

Filem terbitan Walt Disney Pictures dan Lucasfilm, Star Wars: The Last Jedi menambah $28.3 juta untuk pasaran domestik dan $24.2 juta untuk pasaran antarabangsa menjadikan jumlah keseluruhan sejak ia ditayangkan mencecah $844 juta dollar. Dengan kutipan pasaran domestik mencecah $424 juta, Star Wars: The Last Jedi menjadi filem kedua tertinggi di US, mengatasi filem Wonder Women yang mengutip $412.6 juta dan dibelakang filem Beauty and the Beast yang mengutip $504 juta.

Sementara itu, filem lakonan  Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas, dan Bobby Cannavale, Jumanji: Welcome To The Jungle menambah $17.1 juta menjadikan kutipan keseluruhan pasaran domestik sebanyak $89.1 juta dan pasaran global mencecah $138.6 juta dolar.

Filem animasi Coco pula terus mengaut keuntungan apabila menambah $8.3 juta pasaran global menjadikan jumlah kutipan tiket filem berkenaan mencecah angka $500 juta. Coco mengutip $167.3 juta untuk pasaran tempatan dan $332.7 juta untuk pasaran antarabangsa. Filem arahan Lee Unkrich dan disuarakan oleh Anthony Gonzalez, Benjamin Bratt, Gael Garcia Bernal, Edward James Olmos dan Alanna Ubach masih lagi rancak ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here