Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kutipan Jurassic World: Fallen Kingdom Melepasi Angka $800 Juta Seluruh Dunia


Filem terbaru Jurassic World: Fallen Kingdom terus mencipta kejutan apabila berjaya melepasi angka $800 juta dolar selepas lebih 3 minggu ditayangkan. Angka tersebut boleh dianggap mengejutkan walaupun kutipan minggu pembukaan di Amerika Syarikat tidak begitu memberangsangkan iaitu hanya  $148 juta dolar berbanding filem sebelumnya yang berjaya meraih $208 juta dolar.

Keputusan menayangkan filem ini lebih awal untuk pasaran antarabangsa berbanding tayangan AS nyata tidak sia-sia apabila filem ini berjaya mengumpul lebih $600 juta dolar. Filem Jurassic World: Fallen Kingdom telah ditayangkan lebih awal berbanding tayangan AS bagi mengelakkan pertembungan dengan kejohanan Piala Dunia.

Sementara itu, untuk pasaran Malaysia, Jurassic World: Fallen Kingdom telah mengumpul $11.9 juta sejak ia ditayangkan pada 7 Jun yang lalu. Kutipan ini meletakkan filem Fallen Kingdom dibelakang kutipan filem Avengers: Infinity War yang berjaya meraih lebih $17 juta dolar bagi pasaran Malaysia.

Diarahkan oleh J.A. Bayona, filem ini menyaksikan usaha Owen Grady (Chris Pratt), Claire Dearing (Bryce Dallas Howard) dan beberapa rakannya untuk menyelamatkan beberapa spesis Dinosor dari kembali pupus akibat letusan gunung berapi di kepulauan Isla Nublar. Bagaimanapun misi mereka sebenar merupakan muslihat oleh sebuah organisasi yang mahu memiliki Dinosor untuk tujuan tertentu.

Selain Chris Pratt dan Claire Dearing, Jurasssic World: Fallen Kingdom turut dibintangi oleh James Cromwell, Ted Levine, Justice Smith, Geraldine Chaplin, Daniella Pineda, Toby Jones, Rafe Spall, Isabella Sermon, BD Wong dan Jeff Goldblum.


Jurassic World: Fallen Kingdom masih lagi ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee