Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kutipan Filem It Melepasi Angka $500 juta


Filem adaptasi Novel It karya Stephen King terus cemerlang mengutip keuntungan seluruh dunia apabila kutipannya kini sudah melepasi angka $500 juta dolar selepas ditayangkan 3 minggu yang lalu. Kejayaan ini boleh dianggap mengejutkan kerana ia bukan sahaja menjadi antara filem R-Rated yang sukses pada minggu pertama, malah berjaya mengatasi rekod yang dipegang oleh filem The Exorcist selama 44 tahun untuk menjadi filem seram R-Rated paling tinggi kutipan tiket.

Untuk rekod, The Exorcist mengutip $441 juta seluruh dunia dan rekodnya bertahan selama 44 tahun sehinggalah filem It ditayangkan.

It bukan sahaja popular di US, malah ia turut popular dibeberapa negara besar seperti Britain, Russia dan Australia, malah dijangka kutipannya akan terus meningkat apabila ia ditayangkan di Jerman dan Jepun tidak lama lagi.

“Crossing $500 million is rarified air for any film, but for a horror film it is history-making, and we could not be prouder,” “The filmmakers and cast did more than make a box office hit; they created a communal, must-see moviegoing event that has reverberated around the globe and is still going strong. We congratulate Andy Muschietti, the extraordinary producing team, and everyone involved in ‘It’ on reaching this amazing milestone.” – Kenyataan dari Warner Bros.

Sekuel filem ini telah disahkan akan ditayang pada 6 September 2019 dan Muschietti dijangka akan kembali mengarah filem kedua ini nanti. Sekuel kali ini akan menumpukan ahli-ahli The Loser Club yang sudah dewasa dan mereka kembali ke bandar Derry bagi menghapuskan Pennywise yang muncul setiap 27 tahun.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Welcome to Derry: Siri Prekuel “It” Kini Sedang Dibangunkan Di HBO MAX

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd