Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kumpulan Senario Masih Lagi Wujud


Kumpulan pelawak Senario satu ketika dahulu merupakan salah satu kumpulan pelawak terkenal tanah air dengan lawak-lawak ‘pecah perut’ mereka.

Mereka bukan sahaja mampu membuat lawak, malah mereka juga hebat dalam lakonan dan juga nyanyian yang mana menyaksikan filem-filem dan lagu-lagu mereka menjadi hits.

Namun kelibat mereka sudah tidak lagi dilihat di layar perak mahu pun di kaca televisyen sehingga menyebabkan timbul spekulasi yang mengatakan mereka sudah berpecah.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Azlee yang menjelaskan SENARIO masih lagi wujud kerana mereka tidak pernah berpecah atau mengundurkan diri dari dunia seni tanah air.

Azlee bagaimanapun berkata kelibat mereka tidak lagi kelihatan kerana sudah kurang menerima tawaran.


“Kami sebenarnya masih aktif namun mengakui sejak tidak lagi bersama TV3 kira-kira tiga tahun lalu tawaran yang diterima semakin berkurangan.

“Kumpulan SENARIO sudah bertapak selama 20 tahun dalam industri namun akibat daripada kekurangan tawaran kami dikatakan sudah berpisah, sebenarnya perkara itu tidak betul,” katanya yang dipetik dari Astrogempak.

Buktinya mereka baru sahaja melancarkan muzik video SenarioToons nyanyian kumpulan Lawa Nie Geng baru-baru ini.

Pada masa sama Azlee juga berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya diminta untuk berkolaborasi dengan pelawak-pelawak baru.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee