Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kuasa Captain Marvel Ditunjukkan Dalam Video Di Set Penggambaran


Pembikinan filem superheroin pertama Marvel, Captain Marvel telah pun lama bermula dan minggu lepas, gambar pertama Captain Marvel diset penggambaran telah mengejutkan peminat-peminat komik Marvel kerana sutnya berbeza dari apa yang ditunjukkan dalam komik iaitu berwarna hijau bukan seperti sut yang biasa dipakai oleh karakter berkenaan iaitu berwarna merah & biru.

Berdasarkan dari komik, sut berwarna hijau adalah sut pertama yang dipakai oleh Carol Danvers semasa karakter tersebut mula memperolehi kuasa disebabkan kemalangan yang melibatkan teknologi Kree. Ini disebabkan sut tersebut adalah sut yang dipakai oleh pahlawan Kree. Jadi, sebagai sebuah filem pertama Captain Marvel yang bakal memaparkan ‘origin’ Captain Marvel, tidak mustahil, sut hijau adalah sut pertama Captain Marvel, berdasarkan dari rujukan komik.

Yang terbaru, sebuah video di set penggambaran Captain Marvel telah dimuatnaik oleh pengguna laman Twitter milik Rachel_Warbird. Video tersebut menujukan Carol Danvers aka Captain Marvel mengenakan kuasa kepada seorang lelaki. Kami percaya, kuasa tersebut mungkin ditunjukkan selepas proses post-production. Anda boleh tonton video berkenaan dibawah.

Nak ketahui apakah kuasa yang dimiliki oleh Carol Danvers?, nantikan filem Captain Marvel yang bakal menemui penonton pada 6 Mac 2019


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee