Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Kristen Wiig Sah Bawak Watak Cheetah Dalam Sekuel Wonder Woman


Aktes filem Bridesmaids dan Saturday Night Live, Kristen Wiig disahkan akan membawa watak Cheetah dalam filem Wonder Woman 2. Pekara tersebut disahkan sendiri oleh pengarah filem superheroin wanita itu, Patty Jenkins dilaman Twitter beliau.

Karakter Cheetah mula diperkenalkan dalam komik Wonder Woman issue #6 pada 1943 oleh William Moulton Marston dan merupakan musuh kepada superheroin itu. Terdapat beberapa versi Cheetah yang dibawa oleh karakter yang berlainan antaranya Priscilla Rich, Deborah Domaine, Barbara Anne Minerva, dan Sebastian Ballesteros. Dia mempunyai abiliti haiwan tersebut seperti superhuman speed yang diberikan oleh dewa Urzkartaga.

Pembikinan filem Wonder Woman tu sedang berjalan dimana Patty Jenkins sedang merangka skrip bersama-sama Dave Callaham dan Geoff Johns. Gal Gadot akan kembali membawakan watak Wonder Woman bersama-sama pelakon baru, Kristen Wiig.

Filem kedua ini akan berlatarbelakangkan tahun 80an iaitu pada zaman perang dingin. Wonder Woman 2 akan ditayangkan pada 1 November 2019


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee

Kutipan Pembukaan Blue Beetle Dijangka Atasi Kutipan Barbie

Kakimuvee