Kostum-Kostum Yang Digunakan Dalam Filem Power Rangers

0
535
views

Power Rangers Poster

Filem Power Rangers yang akan muncul pada awal tahun hadapan dijangka akan memberi kelainan kepada peminat siri televisyen tersebut. Dengan membariskan pelakon-pelakon baru yang akan membawa karakter asal seperti Zack, Kimberly, Billy, Trini dan Jason, pengarah Dean Israelite menjanjikan filem ini akan kelihatan lebih menarik dan dewasa apa mereka menontontnya.

Banyak perbezaan apabila dibandingkan dengan siri asal dan filem akan datang ini. Dari segi karakter, storyline dan kejutan yang bakal berlaku dalam filem ini. Tapi yang paling ketara ialah kostum yang bakal dipakai oleh setiap watak dalam filem aksi ini.

Sebagai filem reboot dari franchise popular ini, ramai peminat menjangkakan penampilan hero mungkin akan sedikit berubah, tetapi tidak menjangkan bahawa pihak produksi mengubah penampilan hero secara total dan kelihatan sangat berbeza.

Jika kita lihat, kostum atau suit yang digunakan dalam filem ini kelihatan seperti robot dan alien bukannya seperti kostum-kostum dalam siri asal yang nampak seperti kostum buatan manusia.

Menurut Production Designer, Adrew Menzies, kostum Power Rangers sengaja dibuat supaya ianya kelihatan seperti buatan makhluk asing, bukannya manusia. Malah dia juga memberitahu, kostum yang dipakai oleh setiap hero dalam Power Rangers akan mengambil semangat dan tenaga mereka yang memakainya. Bukan sekadar karakter memakai kostum semata-mata.

Walaupun sebelum ini, Poster promosi Power Rangers telah mendedahkan suit yang dipakai oleh Power Rangers, tetapi ianya sekadar dilihat secara jauh dan tidak details. Bagaimanapun, gambar dan video dibawah menunjukkan gambar suit Power Rangers yang cukup awesome di samping kostum yang dipakai oleh watak Rita Repulsa.

 

View this post on Instagram

Go Go #powerrangers #powerrangersmovie

A post shared by Michael Wong (@michaelangeloming) on

View this post on Instagram

Go Go #ritarepulsa #powerrangers

A post shared by Michael Wong (@michaelangeloming) on

View this post on Instagram

Go Go #powerrangers #powerrangersmovie

A post shared by Michael Wong (@michaelangeloming) on

Gambar dan video diatas menunjukkan secara detail suit yang dipakai oleh Power Rangers dalam filem. Sangat berbeza jika dibandingkan dengan suit asal yang dipakai dalam siri original.

Apa yang menariknya dalam gambar diatas ialah kostum yang dipakai Rita Repulsa, ianya kelihatan lebih kurang seperti suit Power Rangers yang lain. Ini menguatkan lagi teori peminat yang mengatakan Rita Repulsa adalah bekas Green Rangers sebelum berubah menjadi jahat.

Nampaknya sedikit demi sedikit pengarah filem Dean Israelite mendedahkan details mengenai filem kepada peminat. Ini membuatkan ramai yang tidak sabar untuk menonton tahun hadapan.

 

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here