Kontroversi Uqasha Tidak Jejas Drama Rahsia Hati Perempuan – Michael Ang

0
155
views

Biarpun Uqasha Senrose  terpalit dengan kontroversi ditahan polis kerana khayal dan memiliki dadah, ia tidak menjejaskan drama bersiri terbaru lakonannya  yang berjudul Rahsia Hati Perempuan. Pekara tersebut didedahkan sendiri oleh pengarah drama tersebut, Michael Ang.

Sejak Rahsia Hati Perempuan mula disiarkan kelmarin di Astro Ria, pengarah tersebut mendapati banyak maklum balas positif yang diterima, malah terdapat juga penonton memuji lakonan empat pelakon utama drama itu termasuk Uqasha.

“Berbanding Coffee Prince dulu, saya akui Rahsia Hati Perempuan langsung tidak menerima maklum balas negatif di laman sosial media seperti di Twitter dan Instagram,”  

Dalam pada itu, pengarah filem Kimchi Untuk Awak ini meminta agar orang ramai supaya tidak menghukum Uqasha sebelum dia terbukti bersalah. Terdahulu, selepas dibebaskan oleh polis, Uqasha tampil menyangkal dakwaan kononnya dia berada dalam keadaan khayal semasa ditahan pihak polis dan memiliki 53 biji pil Erimin 5.

Rahsia Hati Perempuan boleh ditonton disaluran Astro Ria 104 & HD 123, bersiaran selama 24 episod setiap hari Isnin sehingga Khamis jam 10.00 malam

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here