Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Konsert Hora Horey Didi & Friends Telah Berjaya Mengaut RM1.4 Juta


Meskipun tidak ditayangkan secara meluas dipawagam-pawagam tempatan, konsert animasi Didi & Friends yang berjudul Konsert Hora Horey Didi & Friends yang baru ditayangkan sejak 10 hari lalu telah berjaya mendapat kutipan yang sangat memberangsangkan iaitu telah melebihi RM1.4 juta.

Kejayaan Didi & Friends itu  telah meletakkan mereka di bawah kategori ‘Top 5’ paling laris semasa dua hari tayangan pertama mereka, sebaris dengan filem-filem besar lain seperti Tomb Rider, KL Special Force, Black Panther dan A Wrinkle in Time.

Mula ditayangkan sejak 10 Mac lalu, Konsert Hora Horey Didi & Friends telah ditayangkan di 34 buah pawagam TGV Cinemas di seluruh negara, LFS Cinemas PB Sentral, Terengganu, City Cineplex Kota Kinabalu, Eastern Cineplex Tawau dan Brunei.

Susulan kejayaan itu, konsert animasi ini mendapat penambahan panggung sebanyak 27 buah lagi termasuk di GSC Cinemas dan mmCineplexs menjadikan jumlah panggung yang menayangkan filem ini meningkat kepada 61 panggung.

Dalam konsert animasi ini menyaksikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Tomok turut menyumbang suara mereka untuk dua buah lagu baru.


Sumber: Cinema Online


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee