Konsep Prometheus 2 yang tidak jadi dibuat untuk Alien: Covenant

0
582
views

Alien: Covenant mengenalkan kita kepada sejumlah makhluk dan konsep baru melalui David dan obesinya yang tak terpadamkan untuk eksperimen mencapai kesempurnaan dengan patogen Alien / Black Goo. Tapi, terlepas dari semua konsep yang ada dalam filem ini, masih banyak yang terstinggal di saat projek itu masih dianggap Prometheus 2 dan bukan Alien: Covenant atau Paradise Lost. Konsep artis, Carlos Huante memuat naik di instagram beliau – Carlos Huante, sejumlah konsep yang beliau berikan untuk Prometheus 2 yang sayangnya tidak pernah dieksplorasi di dalam Alien: Covenant.

Haiwan peliharaan David

Seekor anjing dan seekor cerpelai adalah dua haiwan asli di Paradise yang di anggap oleh David sebagai haiwan peliharaan peribadinya. Seperti yang ditunjukkan oleh karya seni Carlos, haiwan-haiwan ini terjejas oleh patogen dan eksperimen David untuk memberi mereka pelbagai sifat-sifat Alien.

Eksperimen David

Konsep berikut menggambarkan Engineers yang telah bermutasi. David merosak secara meluas patogen, mengadaptasinya dan menyambungnya untuk menciptakan pelbagai bentuk hibrid dari host yang dijangkiti dengannya. Pasti menarik kalau kita dapat melihat beberapa konsep ini dipaparkan dalam Alien: Covenant.

Rekabentuk Neomorph

Carlos Huante memberikan konsep awal untuk apa akhirnya Neomorph akan kelihatan. Sepanjang proses perancangan, banyak ciri-ciri yang ada dalam karya asli Carlos telah dihtolak dan satu-satunya aspek yang terbawa adalah warna kulit putih.

Tumbuhan Alien yang membawa maut

Carlos Huante menyediakan beberapa papan cerita rapi untuk Prometheus 2 juga. Sebelum film tersebut berjudul Alien: Covenant, Paradise akan menjadi rumah bagi pelbagai Black Gooi. Tumbuhan Alien ini, berkelakuan seperti Alien Spora yang kita tengok di dalam Alien: Covenant, yang mana akan melepaskan debunga yang saat dihirup akan bertindak seperti Black Goo, mengubah mangsanya menjadi rasaksa alien yang bermutasi.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here