Klip Terbaru Thor: Ragnarok Pamerkan Aksi Lawan Pisau Antara Loki Dan Valkyrie

Klip terbaru filem Marvel akan datang, Thor: Ragnarok telah ditunjukkan kepada peminat baru-baru ini. Dalam video klip terbabit, ia menunjukkan aksi pahlawan baru, Valkyrie bertempur dengan Loki dan pahlawan wanita tersebut dengan mudah dapat menewaskan Loki.

Menurut aktres Tessa Thompson yang membawakan watak tersebut, beliau mengambarkan Valkyrie adalah seorang pahlawan elite Asgaard manakala Loki dalam videoklip terbabit seolah-olah terkejut melihat pahlawan tersebut.

Dalam filem itu nanti, Valkyrie akan menyertai Thor, Hulk dan Loki dalam menentang Hela yang ingin menghancurkan Asgaard.

Filem arahan Taika Waititi itu dibintangi oleh Chris Hemsworth sebagai Thor, Tom Hiddleston sebagai Loki, Mark Ruffalo sebagai Hulk, Idris Elba sebagai Heimdall dan Sir Anthony Hopkins sebagai Odin. Ia juga menampilkan beberapa muka baru seperti Cate Blanchett yang memegang watak Hela, penjahat dalam Thor: Ragnarok, Tessa Thompson sebagai Valkyrie,  Jeff Goldblum sebagai Grandmaster dan Karl Urban sebagai Skurge. Benedict Cumberbatch pula akan turut berada dalam filem ini sebagai Dr. Strange

Filem terbaru Marvel itu akan mula ditayangkan di tayangan Malaysia pada 26 Oktober 2017

https://ghostlybelladonna.tumblr.com/post/166124822017/that-look-he-gave-her-at-the-end-whoaaaaa-boy-he

Post Author: Kakimuvee

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *