Klip Pertama Tomb Raider Telah Dipertontonkan Kepada Umum, Nantikan Filemnya Bulan Ini

0
444
views

Kurang 1 minggu lagi tayangan filem reboot Tomb Raider di Malaysia. Bagi merancakkan tayangan filem aksi yang diadaptasikan dari permainan video itu, Warner Bros. Pictures dan Metro-Goldwyn-Mayer Pictures telah melancarkan klip video yang memaparkan sedikit sedutan dari filem. Anda boleh tonton klip video tersebut dibawah.

Filem Tomb Raider menampilkan aktres Alicia Vikander sebagai Lara Croft serta diarahkan oleh pengarah filem  The Wave, Roar Uthaug. Tomb Raider juga turut dibintangi beberapa pelakon lain antaranya Walton Goggins, Daniel Wu, Dominic West

Mengisahkan Lara Croft yang merupakan seorang anak kepada pengembara yang telah lama hilang sejak beliau masih remaja lagi. Berharap dapat mencari punca kehilangan ayahnya, Croft telah pergi ke tempat kali terakhir ayahnya berada – iaitu di sebuah makam yang terletak di sebuah pulau misteri berhampiran dengan perairan Jepun. Disana Lara Croft terpaksa memberi sepenuh fokus dalam menghadapi setiap cabaran yang datang kepadanya.

Filem yang diadaptasikan dari permainan video ini pernah dihasilkan sebelum ini iaitu Lara Croft: Tomb Raider dan Lara Croft Tomb Raider: The Cradle of Life, dibintangi oleh Angelina Jolie dan telah berjaya mengaut kutipan tiket sebanyak $432 juta seluruh dunia.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here