KL Wangan Tidak Akan Ditayangkan Di AstroFirst

0
1072
views

Filem aksi lumba kereta arahan Pekin Ibrahim kini sudah memasuki hari ketujuh tayangkan dipawagam-pawagam tempatan. Sejak ditayangkan, pelbagai respon dan review yang diterima dari penonton mengenai filem yang diarahkan oleh Pekin Ibrahim.

Terdapat penonton yang memuji filem ini dan tak kurang juga yang memberikan maklumbalas negatif mengenai naskah kedua Pekin Ibrahim ini selepas filem Mat Motor. 

Walaubagaimanapun, terdapat juga pengemar filem yang masih belum menonton filem KL Wangan dipawagam dan berharap filem ini akan ditayangkan di Astro First sepertimana yang dilakukan oleh filem-filem lain.

Bagi menjawab pertanyaan salah seorang peminatnya mengenai tayangan KL Wangan di Astro First, Pekin memaklumkan, naskah terbarunya itu tidak akan ditayangkan di stesen penyiar berbayar tempatan itu.

Tidak dapat dipastikan kenapa Pekin tidak akan mengeluarkan filemnya itu di Astro First, tetapi kemungkinan besar beliau tidak mahu filemnya itu dicetak rompak. Astro First seringkali menjadi tempat untuk penonton dan lanun cetak rompak memuat turun filem tempatan secara haram dan menyebarkan dilaman-laman web mahupun di aplikasi Telegram

Diharap peminat filem tempatan tidak menyokong cetak rompak yang berlaku pada filem-filem tempatan kerana ia boleh membunuh industri filem tempatan itu sendiri. Jika anda tidak suka pada filem tempatan, adalah lebih anda tidak menontonnya terus daripada memuat turun secara haram filem-filem tempatan dan kemudian menonton filem yang dicetak rompak itu.

KL Wangan masih lagi ditayangkan dipawagam-pawagam tanah air.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here