KL Special Force Terus Catat Kutipan Memberangsangkan, Kini Cecah RM6.3 Juta

0
513
views

Selepas 7 hari ditayangkan di pawagam, filem aksi terbaru arahan pengarah Syafiq Yusof, KL Special Force terus mengganas dan mendominasi carta kutipan tiket filem tempatan apabila kutipan terkini filem berkenaan mencecah RM6.3 juta.

Jumlah kutipan terkini filem tersebut didedahkan oleh laman sosial pengedar filem Astro Shaw hari ini.


KL Special Force sebelum ini berjaya mengatasi rekod tayangan awal filem Abang Long Fadil 2 apabila berjaya mengumpul RM4.7 juta dalam tempoh 4 hari tayangan. Malah tayangan preview filem aksi tersebut mencatatkan kutipan yang sangat memberangsangkan apabila berjaya mengutip hampir RM 1 juta.

Dibintangi Datuk Rosyam Nor bersama beberapa bintang popular seperti Fattah Amin, dan Syamsul Yusof, KL Special Force mengisahkan sepasukan anggota polis khas yang ingin menumpaskan kumpulan penjenayah Anarkis dan dalam masa yang sama perlu mengenepikan perbezaan mereka dalam menyelesaikan misi.

Bagi yang belum menonton karya terbaru Syafiq Yusof ini, jangan lepaskan peluang untuk menonton KL Special Force yang sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here