KL Gangster: Underworld Akan Bersiaran Di Iflix Tidak Lama Lagi

0
74
views
Sumber gambar: Theskop.com

Universe KL Gangster dikembangkan lagi apabila pengarah filem berbakat besar, Syafiq Yusof mengarahkan siri televisyen berjudul KL Gangster: Underworld tidak lama lagi. Siri televisyen tersebut akan bersiaran di platform ‘video on demand’ milik Iflix.

Menurut laman web Cinema.com.my, siri televisyen tersebut merupakan siri ‘spin-off’ daripada filem KL Gangster 1 & 2 arahan abangnya Syamsul Yusof. Syafiq akan dibantu oleh pengarah bersama iaitu Faisal Ishak yang juga merupakan pengarah filem francais Juvana

Siri televisyen terbitan Skop Production itu akan menjalani penggambaran sepenuhnya di Malaysia dan dijangka akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2018.

Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, beliau sungguh teruja apabila dapat berpeluang menjalin kerjasama dengan iflix.

“Kami berbangga untuk mendapat peluang berkolaborasi dengan iflix dalam menghasilkan karya tempatan berkualiti seperti “KL Gangster: Underwold”, yang merupakan drama bersiri pertama iflix di Malaysia.

“Kolaborasi ini merupakan satu usaha baru dalam meneroka potensi baru untuk industri filem Malaysia,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Program Asal iflix, Mark Francis turut sama teruja untuk bekerjasama dengan salah sebuah produksi hebat Malaysia yang sering menghasilkan filem-filem pecah panggung.

“Sasaran kami adalah untuk memberikan penonton iflix satu pengalaman baru terhadap drama tempatan menerusi naskhah asal kami. Filem “KL Gangster” merupakan satu asas yang sempurna untuk drama siri yang mana ia akan menampilkan sesuatu yang segar dan kejutan kepada peminat.” 

Jalan cerita KL Gangster: Underworld akan mengambil tempat selepas kejadian dalam KL Gangster 1 selepas kumpulan gengster berpecah dan ketua-ketua meringkuk di penjara atau mati. Disebalik itu seorang ahli kumpulan gengster cuba keluar dari dunia jenayah, namun satu insiden telah membawanya kembali ke jalan lama. Sementara itu, ancaman baru yang lebih hebat mula timbul dan memulakan era baru KL Gangster.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here