Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Kisah Tragik Disebalik Filem Sunk Into The Womb


Mesti ramai sudah mengentahui sebuah filem Jepun yang diadaptasikan dari sebuah kisah tragik yang pernah berlaku disana. Pada tahun 2010, Jepun digemparkan dengan tindakan tidak berperikemanusian seorang ibu yang sanggup membiarkan dua anaknya yang berusia 1 dan 3 tahun kebuluran sehingga mati dengan meninggalkan mereka dirumah.

Kisah tragik tersebut telah diabadikan oleh pengarah Takaomi Ogata dengan menghasilkan filem berjudul Sunk Into The Womb atau tajuk asalnya Shikyu ni Shizumeru. Filem yang penuh menyayat hati ini telah mendapat rating yang tinggi iaitu 8.2/10 di laman rating filem IMDb. Kebanyakkan penonton dikatakan tidak sanggup melihat filem tersebut kerana ia sangat-sangat menyentuh perasaan dan menyayatkan hati.

Berdasarkan kisah benar, filem ini menceritakan bagaimana tindakan Sanae Shimomura, ibu kepada Sakurako Hagi, 3, dan Kaede, 1 meninggalkan mereka tanpa makanan, dan rumah penuh dengan sampah sarap dengan tujuaan membiarkan dua kanak-kanak tersebut mati kebuluran sedangkan dia berfoya-foya tinggal dirumah teman lelakinya.

 

Sanae mula meninggalkan dua anaknya bersendirian sejak Mac 2010. Pada Jun tahun yang sama, Sanae dikatakan tidak pulang ke rumah untuk sekian lamanya. Namun, sebulan kemudian ketika Sanae pulang ke rumah, dia mendapati dua anaknya itu telah meninggal dunia.

Laporan autopsi mendedahkan bahawa, mangsa adik beradik itu mati akibat kebuluran, bagaimanapun punca sebenar kematian tidak dapat dipastikan.


Lapor Phunu Online, jiran yang tinggal berhampiran pernah terdengar dua beradik berkenaan menangis. Namun tidak pernah cuba untuk memasuki rumah tersebut mahupun melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menemui mayat Sakurako Hagi dan Kaede dalam keadaan tidak berpakaian, mereput dan tinggal tulang, dipercayai telah mati sebulan atau dua bulan yang lalu.

 

Menurut seorang jiran yang tidak didedahkan identitinya, dia telah melaporkan kejadian itu kepada pihak kebajikan sebanyak tiga kali, kerana mereka kerap menangis hampir setiap malam.

Panggilan telefon pertama dibuat pada jam 9 pagi, 30 Mac 2010 di mana jiran terbabit memaklumkan dua kanak-kanak terbabit menjerit, “Mama! Mama!” sehingga lewat malam.

Dua pegawai kebajikan datang melawat rumah berkenaan pada jam 3 petang pada hari laporan dibuat, jam 10 pagi keesokkan hari 1 April dan jam 6 petang pada 2 April. Namun tiada sebarang respon dari penghuni rumah berkenaan.

Jiran itu sekali lagi menghubungi pihak kebajikan untuk kali kedua pada jam 7 pagi, 8 April. Namun apabila pegawai kebajikan datang ke rumah tersebut pada jam 2 petang dan keesokkan harinya, hasilnya masih sama, tiada respon yang diberikan.

 

Laporan ketiga dibuat pada jam 5.30 pagi, 18 Mei 2010. Sekali lagi pegawai kebajikan datang melawat pada jam 3 petang. Namun hasilnya tetap sama.

Berdasarkan garis panduan Kementerian Kebajikan di negara itu, pegawainya perlu memastikan kanak-kanak yang dilaporkan itu selamat dalam tempoh 48 setelah menerima aduan.

Bagaimanapun, pegawai kebajikan berkenaan gagal mencari jalan masuk ke kediaman tersebut. Malah mereka juga tidak dapat menghubungi saudara mara penghuninya kerana mereka tidak tahu siapa yang tinggal di kediaman itu. Ekoran itu, tiada sebarang laporan polis yang dibuat.

Menurut kenyataan media pihak berkenaan, situasi pada ketika itu tidak menampakkan kes tersebut penting kerana tiada sebarang jeritan meminta tolong dan tiada laporan kanak-kanak didera. Malah, pegawai berkenaan tidak menyoalsiasat jiran-jiran berhampiran kerana bimbang ia akan mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak.

 

Menurut pengadu, kanak-kanak malang itu sudah berhenti menangis sudah hampir sebulan sebelum jiran sebelah rumah mangsa terhidu bau busuk yang datang dari rumah mereka pada bulan Julai.

Beberapa pakar berpendapat, jika pegawai kebajikan bertindak pantas, nyawa kedua-dua mangsa mungkin dapat diselamatkan. Di bawah undang-undang, pihak kebajikan boleh mendapatkan waran untuk memasuk rumah tanpa memerlukan keizinan pemiliknya bagi melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.

 

Ekoran kejadian itu, Sanae Shimomura ditahan pada lewat Jun 2010 selepas rakannya yang dihubungi oleh penjaga pangsapuri berkenaan berhubung penemuan mayat dua beradik itu. Sanae didakwa atas tuduhan sengaja meninggalkan dua anaknya tanpa sebarang makanan sehingga kedua-dua mangsa mati kebuluran.

Ketika ditahan, Sanae berkata, “Saya ingatkan mereka akan mati selepas ditinggalkan selama seminggu. Saya tak rasa saya sepatutnya pulang ke rumah untuk menyelamatkan mereka,” katanya.

Ekoran itu, Sanae dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun.

Sumber: Thereporter.my


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee